Sunday, 29 April 2012

Raudhah...dengan izinNya

*gambar Raudhah ehsan dari google

Bagaimana nak ku ceritakan pengalaman ku masuk ke Raudhah...sebelum tu sedikit penjelasan mengenai Raudhah...merupakan taman Rasulullah dan berada di sebelah makam baginda di dalam Masjidil Haram...untuk mengetahui samada kita sudah berada di Raudhah, karpetnya hijau seperti dalam gambar....sekiranya karpet merah maknanya kita telah terkeluar dari kawasan Raudhah...di dalamnya terdapat tiang-tiang yang mempunyai sejarah dan ceritanya sendiri...ianya salah satu tempat yang mustajab untuk kita berdoa...dengan izinNya...

Petang kembali dari Jabal Uhud, kami diberitahu yang Ustazah Hamidah akan membawa sekali lagi rombongan masuk ke Raudhah....untuk kaum ibu, waktu masuk ke Raudhah adalah terhad...diikutkan hanya 2 kali sehari sahaja...dan ruang untuk wanita bersolat adalah sangat terhad, kerana mengambil sedikit bahagian sebelah lelaki. Syukur alhamdulillah aku sudah "bersih" maka aku bersedia dengan penuh semangat untuk memasukinya...

Tepat jam 9 malam, aku orang pertama yang sampai di lobi usai makan malam diikuti beberapa orang jemaah dari kumpulanku....namun ustazah yang ditunggu tak kunjung tiba...sedih hatiku rasanya ketika itu...adakah rezeki untuk ku masuk ke Raudhah...Allah Taala lebih mengetahui..Kak Saadiah, senior dalam kumpulan ku berjaya memberitahu suami ustazah tersebut, dan beliau terus naik ke bilik mencari ustazah...Alhamdulillah ada...rupanya ustazah tertidur kerana terlalu penat...beliau mohon maaf kepada kami....maka bergeraklah kami bersama jemaah lain ke Masjid Nabawi tepat pukul 10 malam....malam di Madinah nyaman dan dingin, apatah lagi di dalam kawasan masjid...

Terus kami dibawa masuk ke dalam Masjid Nabawi dan transit di satu ruang menunggu...di situ kami solat sunat masjid dan berdoa bersama-sama sambil menunggu giliran untuk dipanggil...Ustazah Hamidah juga menerangkan adab-adab masuk menziarahi makam baginda dan apa yang boleh dibuat di Raudhah....lama juga kami disitu....tak silap hampir satu jam setengah...bersama-sama kami adalah jemaah dari negara lain seperti Indonesia dan Brunei....ku perhatikan kebanyakkannya adalah orang-orang Asia...rupanya petugas memberi laluan kepada jemaah dari negara2 Arab dan Balkan yang lain dahulu....nampak mereka masuk dengan senang dan keluar dengan senang.....ku pohon kesabaran dari Allah Taala dan dipermudahkan urusan kami di situ....

Selepas satu jam setengah, jemaah Indonesia sudah tidak sabar dan menyerbu...dihalang oleh petugas-petugas masjid yang menjerit-jerit....ibu...duduk...duduk...jemaah Malaysia tenang dan kami ikut saja mutawif kami malam itu....disuruh duduk, maka duduklah balik kami di atas lantai masjid yang sejuk...tak sampai setengah jam, petugas mengangkat sepanduk yang tertulis "Bahasa Melayu"....maksudnya sudah sampai masa untuk orang-orang Asia masuk....bangga pulak rasanya dengan sepanduk bertulis begitu...mana taknya, Malaysia, Indonesia dan Brunei kan bahasanya dari rumpun yang sama.....pandai jugak Arab2 ni...bergerak kami berderet-deret di dalam kumpulan dan sekali lagi di arah duduk....transit kami kat situ, dan Ustazah suruh duduk jauh sedikit dari jemaah-jemaah negara lain....kami tenang saja di situ...kedengaran riuh lagi apabila jemaah-jemaah Indonesia berebut-rebut lagi hendak masuk....kami pandang saja...dalam duduk-duduk saja, kedengaran suara petugas....ibu...masuk.....hehehe...punyalah relek jemaah Malaysia, sampai orang dah masuk kitaorang lepak lagi...

Melangkah ke dalam Raudhah, hatiku berdebar-debar...kaki seram sejuk...lantas ku bagi salam kepada Nabi Junjungan dan para sahabat baginda tatkala melihat pintu dan pagar yang memagari makam....sayu di dalam hati Allah Taala sahaja yang mengetahui....ku sampaikan juga salam dari sahabat-sahabat yang mengirimkan nya kepada baginda....kaki menjejak karpet hijau dan teringat kata ustazah Raudhah bahawa berkarpet hijau...eh aku dalam Raudhah la ni, sbb karpet hijau....Subnallah...ingin menangis rasanya kerana dimakbulkan untuk aku sampai di sini....tetapi suasana agak kelam kabut kerana ramainya jemaah yang masuk, dan masih ramai yang belum keluar....telinga ku sempat menangkap suara petugas yang menjerit2...ini Raudhah...ini Raudhah...kerana ramai yang terpinga-pinga tidak tahu apa nak dijangka agaknya.....kami ikut saja Ustazah Hamidah....dan beliau carikan ruang untuk kami bersolat....Alhamdulillah ada ruang kecil untukku...walaupun kena juga rempuhan, ku keraskan badan...paling tidak tahan jemaah-jemaah Arab yang membuat rantai manusia bergerak merempuh orang yang sedang bersolat....

Sujud terakhir ku tertahan seketika kerana rempuhan manusia tadi....ku mohon di dalam hati "Ya Allah, izinkanlah aku sujud kepadaMu di Raudhah ini.." besarnya kuasa Allah Taala kerana dalam masa yang beberapa saat itu tempat aku bersolat tiba-tiba kosong...tiada manusia melintas....aku terus sujud dan demi Allah, tidak kedengaran di telinga ku bising dan hingar-bingar manusia bertolakan.....suasana sunyi...dapatlah aku mengeluarkan kalam di dalam hatiku kepada Penciptaku....Subnallah...

Namun untuk berdoa, aku terpaksa lakukan secara berdiri...pun dapat ku berkata-kata dengan Penciptaku dalam keadaan yang cukup sempurna bagiku....Alhamdulillah...sifat kasih dan penyayang Allah Taala jelas terasa kerana dengan izinNya dapat aku melangkah dan duduk seketika di Raudhah...terasa hampir denganNya dan Rasullullah S.A.W....tak dapat aku jelaskan dengan lebih terperinci perasaan ku ketika itu...

Melangkah keluar, sayu terasa di dalam hati...apatah lagi sempat aku berpaling lagi kepada makam baginda dan mengucapkan salam ku kepada baginda lagi....aku keluar dan menunggu rakan-rakan lain di kawasan karpet merah menandakan aku bukan di Raudhah lagi....hati tidak putus-putus berdoa untuk masuk lagi ke Raudhah suatu hari nanti...insyaAllah...keluarnya dari Masjid Nabawi tepat 12.45 tgh mlm....namun hati ini bahagia dan dingin malam di Madinah ku rasakan sama-sama meraikan perasaan ini....Wallahualam


No comments:

Post a Comment