Tuesday, 24 April 2012

9 April 2012 : KLIA -> Madinah Al-Munawwarah

Maka pada tarikh ini tibalah masanya aku dan suami untuk berlepas ke tanah suci...dek kerana kesibukan tugas di pejabat, aku dan suami membuat persiapan terakhir (betul2 punya terakhir) pada hari ahad....perginya kami pada hari isnin....malam sebelumnya aku tidur pada pukul 2.30 pagi kerana berkemas dua beg pakaian utk ku dan suami....sempat pula selepas itu menaip ayat2 dan doa untuk dibawa dan diguna di sana nanti....Alhamdulillah Allah Taala mengurniakan kekuatan untuk aku berjaga dan menyelesaikan segala persiapan...walau pun letih dan mengantuk, segalanya selesai pada pukul 2.30 pagi itu....

Hari Isnin itu, pada pukul 10.30 pagi, kami turun dari rumah dan ke Sri Gombak mengambil sahabat kami saudara Mejer (B) Anuar yang akan sama2 menunaikan ibadah umrah....selepas itu terus ke KL Sentral dan mengambil ERL seterusnya sampai ke KLIA selepas 28 minit perjalanan....perasaan ku masa itu tidak dpt digambarkan macam mana.....nervous pun ada, takut pun iya jugak...macam-macam cerita yang ku dengar dan macam-macam nasihat yang diterima apa yang boleh dibuat apa yang tak boleh....yang mana sesuai ku ambil sebagai tips selebihnya sekadar masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri....aku yakin setiap orang ada "bahagian" masing2 bila berada di kota suci nanti...

Penerbangan ku menggunakan pesawat Saudi Arabian Airlines SV 829 yang akan menerbangkan kami semua selama 8 jam dan hanya akan singgah di Riyadh selama satu jam (utk isi minyak katanya)...sampai di KLIA, kami diberikan passport dan boarding pass dan diperkenalkan pada mutawwif yang akan membawa kami ke sana nanti....Ustaz Tamban @ Rif'at namanya....orang seberang yang telah berkahwin dengan rakyat Malaysia dan berpengalaman selama 5 tahun membawa jemaah ke tanah suci. Sayangnya aku tak berkesempatan untuk mengambil gambar mutawwif ini....segan gak nak minta ambik gambar ustaz ni...oleh kerana itu, aku telah google gambar ustaz ni dan jumpa gambar beliau dengan jemaah lain.....hehehe....jadilah...

* ustaz Rif'at yang berada di tengah...gambar ehsan hasil google :-)

jumlah jemaah bagi kumpulan ini ialah 140 org ramainya....Alhamdulillah...dan diberi nama kumpulan sebagai SV- 09. Nama agensi yang kami ambil ini ialah Andalusia....mungkin ramai yg dah tahu agensi milik Dato' Mohd Daud bin Che Ngah ini.

* boarding pass..

Kami berlepas tepat jam 3 ptg waktu Malaysia dan bermulalah kembara ku ke tanah suci....berlainan dengan perasaan pergi bercuti ke tempat lain, perasaan ku masa ini masih kosong kerana belum nampak dan rasa apa yang digambarkan oleh orang-orang yang telah pergi ke tanah suci sebelum ku....aku bertawakal kepadaNya dan berdoa agar dipermudahkan pekerjaan ibadahku ini....

Lepas kurang pukul 11.30 malam kami tiba di Riyadh dan kapal terbang hanya mendarat untuk satu jam sahaja untuk mengisi minyak...takde peluang untuk kami turun dan melihat2 airport Riyadh...suasana gelap jadi tak nampak macam mana bentuk muka bumi nya. Berlepas kembali pada 12.30 tgh malam dan selamat mendarat di airport Madinah pada pukul 1.30 pagi waktu Malaysia. Sewaktu turun dari pesawat, angin bertiup agak kuat dan suasana sejuk....berkata juga aku dalam hati "nak hujan ke ni...". Aku agak itulah angin gurun yang sekali lalu bertiup melalui kawasan tersebut.....wallahualam...Waktu di Madinah ketika itu lebih kurang 8 @ 9.30 mlm dan urusan imigresen mengecop passport berjalan lancar....Alhamdulillah....selesai semua kami mengambil bagasi dan menyerahkan kembali passport kepada agensi yang telah sedia menanti di luar.....bas-bas telah tersedia untuk membawa kami semua ke hotel....kami menaiki bas no 2. Tiba-tiba ada seorang Arab menjual sim kad prepaid yang katanya "international" dengan harga SR 45 dan mempunyai SR 25 kredit di dalamnya....teruslah suami ku membeli 2 keping sim kad...Zain nama telco nya...bangga la sapa yang namanya atau nama bapaknya zain....hehehe..

*sim kad prepaid Saudi

Sayangnya sim kad ni line nya lemah kalau berada di dalam bilik hotel....stress la akak kan...kena cari sudut yang strategik baru boleh dpt line....letih betul...ujian pertama lah kiranya ni...sabar...sabar..hehehe...

Seterusnya kami dibawa ke Durrah Al-Fayrouz Hotel (eh mcm nama air fayrouz...hehehe)....sampai di sana hampir pukul 2 pagi waktu Malaysia....dan masyaAllah....masih meriah lagi sekitar hotelnya...lampu2 kedai masih terang dan orang ramai masih berkeliaran di sekitar kawasan...suami ku menunjukkan Masjid Nabawi namun aku hanya nampak menaranya saja dan kerana waktu malam aku tak dapat mengagak sejauh mana hotel dan masjid nanti....terfikir dalam hati aku masa tu samada kena naik bas ke teksi nak pergi solat.....rupanya walking distance sahaja...hehehe...

*ni lah hotelnya...gambar diambil keesokan harinya...

Hotelnya ok...tidak baru dan tidak terlalu lama....di sini aku berpisah dengan suami kerana kami akan duduk bilik berasingan...memang itu pakej yang dipilih....dpt bilik di tingkat 7 dan bersama ku ada 3 orang lagi jemaah iaitu Kak Bibah, Mak Long dan Mak Eton....Kak Bibah ialah rakan kelas agama tempat kami mengaji sekali jadi taklah rasa canggung sangat....Mak Long dan Mak Eton ialah adik beradik dan merupakan ipar2 kepada Kak Bibah...suasana agak panas kerana jumlah jemaah yang ramai datang sekaligus jadi pembahagian bilik agak kelam kabut....Alhamdulillah semuanya selesai dalam masa setengah jam dan kami terus ke bilik....sedih juga sebab ini pertama kali berpisah bilik dengan suami ku walau pun datangnya bersama....isk..isk...isk....tapi aku kuatkan hati dan belajar untuk redha dengan apa yang telah diatur olehNya....aku percaya ada hikmah disebaliknya....insyaAllah

*inilah bilik kami yg menempatkan seramai 4 orang jemaah...besar dan selesa


Biliknya besar dan selesa....ada bathtub lagi...dan bilik air pun besar....tapi yang peliknya hotel tak sediakan towel...nasib baik la kami semua bawak tuala masing2....lepas check-in terus ke dewan makan...dalam keadaan letih dan lapar, kami makan sahaja apa yang dihidangkan...dan aku lupa nak snap gambar makanan yang ku kira agak pelik sikit menunya....nasi ala2 arab (mcm nasi butter pun ada), sambal yg tak pedas, nugget dan timun jepun dihiris nipis....hantam sajalah...itu rezeki kami malam itu...naik semula ke bilik dan tidur pukul 3 pagi waktu Malaysia....kesimpulannya syukur selamat sampai ke tanah suci Madinah Munawwarah dan aku berdebar2 dengan apa pula keadaan nya esok hari...

2 comments:

  1. salam...

    Allah...teringat semula Hotel Durrat Fairuz ni waktu pegi umrah bulan Jun tahun lepas(2012)...rindunyaaaa

    ReplyDelete
  2. Wassalam....sungguh rindu itu akan datang bila melihat gambar2 ini...kita doakan pada Allah Taala dgn ihsanNya dapat kita kembali ke sini menunaikan lagi ibadah... :-)

    ReplyDelete