Jemaah wanita dibawa oleh Ustazah Hamidah, ustazah pembimbing di Madinah. Jemaah berjalan secara berkumpulan dan berhenti seketika di perkarangan Masjid Nabawi untuk mendengar penerangan Ustazah tentang adab mengunjungi makam Rasullullah dan memasuki Raudhah. Ini diikuti bacaan doa beramai2 yang sungguh sayu dan menginsafkan sesiapa yang mendengar/membacanya....sayangnya bukan rezeki aku untuk memasuki masjid dan mengunjungi Raudhah disebabkan oleh "keuzuran haid"....bersamaku ada lagi 3 orang jemaah yang juga mengalami situasi yang sama....maka duduklah kami di situ berzikir di dalam hati sambil memerhati pengunjung2 dari negara lain....kata Ustazah usah ditunggu kerana masa yang diambil agak lama untuk memasuki Raudhah oleh kerana terpaksa menunggu giliran....selalunya orang Asia adalah kumpulan terakhir yang masuk kerana memberi laluan dahulu kepada jemaah negara lain terutamanya sekitar negara Arab....
*kelihatan jemaah Malaysia mula memasuki pintu Masjid Nabawi untuk ke Raudhah
Tertanya-tanya di dalam hatiku bagaimana rupa dalaman Masjid Nabawi....oh ya, di masjid ini pengawalan nya amat ketat terhadap kamera dan phone berkamera. Jadi kami tidak dibenarkan sama sekali membawa alatan2 ini....yang mengagumkan ialah terdapat petugas di setiap pintu yang akan memeriksa beg dan badan kita....panggilan kepada orang-orang Asia ialah "ibu"....hehehe...kelakar bila mula2 dengar....comel jer bunyinya mak-mak arab ni sebut perkataan ibu....dulu kata kawan ku jemaah Asia dipanggil hajjah atau Siti....sekarang dah tukar la gitu....Sesambil menunggu maka keluarlah kamera phone ku dan mula mengambil gambar apa yang boleh di ambil....hehehe....
* payung memayungi perkarangan Masjid Nabawi
Sungguh indah dan nyaman masjid ini....payung yang memayungi tu memang membuatkan suasana nya redup....seperti duduk di bawah pokok...teknologinya canggih...itulah kurniaan Allah Taala kepada manusia, diberinya kita akal untuk berfikir akhirnya dapat menghasilkan teknologi sebegini...
Selepas satu jam lebih, suami ku yang telah selesai memasuki Raudhah menelefon dan mengajak aku balik....lagi pun tiada apa lagi yang boleh ku buat di situ...terasa sedih di dalam hati...ada ke rezeki untuk aku masuk mengunjungi Makam Rasul dan Raudhah itu....aku berdoa Allah Taala memberiku peluang tersebut...insyaAllah
*perkarangan hotel yang mempunyai deretan kedai-kedai....
Sambil balik ke hotel, sambil2 mencuci mata....mana taknya...berderet kut kedai2 yang jual jubah, sejadah, tasbih dan lain-lain yang boleh dibawa pulang sebagai cenderahati di lobi menuju ke hotel....tapi tunggu dulu....belum masanya lagi untuk membeli-belah....
No comments:
Post a Comment