*perkampungan Uhud...view dari atas
Rupanya bukan kami sahaja yang berminat menziarahi Gua Uhud...sampai serentak dengan kami ialah jemaah-jemaah Turki yang tanpa berlengah2 terus memanjat bukit tersebut. Kami biarkan dulu mereka mendaki.....bila mereka selesai, barulah mutawif suruh kami panjat bukit tu....aku dengan beberapa jemaah wanita tidak naik memula tu...pandang dari bawah saja...rasa macam "impossible" untuk memanjat dengan memakai jubah...suami ku naik dahulu...aku tukang ambik gambar dia memanjat dari bawah dulu...
*suami ku yg berbaju & berseluar putih di sebelah kanan sekali
Gua Uhud secara sejarahnya adalah tempat seorang sahabat menyembunyikan Rasulullah dengan tujuan untuk melindungi baginda yang telah cedera masa Perang Uhud. Allah Taala belahkan bukit Uhud sedikit dan jadilah gua untuk tempat baginda berlindung.....mendakinya mengambil masa hampir 20 minit....kena berhati-hati kerana batu nya tajam dan agak licin...
*di celah belahan bukit ada gua kecil
Lama juga aku menanti di bawah....dalam hati duk berkira2 nak naik ke tak nak...dan mulut ku cakap tak nak.....sehingga turun seorang jemaah lelaki (Abg Ramli), dia bagitau isteri nya dah selamat sampai di atas...dia hanya sampai separuh sebabkan ghout di kaki menyukarkan dia memanjat. Abg Ramli berpaling pada kami dan cakap "korang naiklah...muda lagi...bila lagi nak memanjat"....percaya atau tidak terus aku, kak Bibah dan Ana naik dan memanjat tanpa sepatah kata pun....macam ada magnet yang menarik kami untuk terus memanjat...hilang rasa dalam hati samada nak memanjat atau tidak....kuasa Allah Taala tak siapa boleh halang....kalau dah tertulis hari ini kami masuk ke Gua Uhud, maka masuklah kami ke situ...
* sampai di atas dan menunggu giliran untuk masuk
Cabaran seterusnya ialah orang-orang Turki yang suka berebut-rebut dan tak mahu bertolak ansur untuk tunggu....aku jemaah wanita terakhir yang masuk ke Gua Uhud ditemani suami ku....jalan masuk jemaah lelaki lain 'block" supaya orang-orang Turki ini tidak ganggu....terpaksa ku angkat jubahku separas paha (nasib baik pakai seluar panjang di dalamnya) kerana untuk masuk memerlukan aku memanjat dan melangkah dengan agak luas....Alhamdulillah berjaya masuk dan hanya duduk sekejap sahaja di dalam tu...di dalam nya ada 3 tempat duduk...aku sempat duduk di salah satu tempat...tidak pasti samada di situ tempat sahabat atau Rasulullah....namun sayu nya Allah Taala sahaja yang tahu...bayangkan Rasulullah dalam keadaan cedera, dipapah oleh sahabat mendaki bukit dan memanjat batu-batu untuk masuk ke dalam gua....kita yang berbadan sihat ni pun terkial-kial apatah lagi orang yang cedera....Subnallah...
Semasa aku turun ke kaki bukit, mutawif minta cepat-cepat masuk bas kerana polis sudah sampai...beliau hanya menunjukkan tapak Masjid Tikar tempat yang digunakan oleh Sayyidatina Fatimah untuk merawat baginda yang cedera ketika itu dengan menampal abu tikar di luka baginda...gambarnya aku google kerana tidak berpeluang untuk mengambil dengan kamera di tangan...
* Masjid Tikar...tinggalan....ehsan dari google
Seterusnya ke tapak rumah Salman Al-Farisi ...tetapi sayangnya jalan ke rumah tersebut telah ditutup...maka kami hanya berpeluang melihat dari atas bas tapak rumah beliau dan kebun di mana pokok-pokok kurma di tanam untuk memerdekakan beliau dari tuan nya yang berbangsa Yahudi....
Selesai ziarah sudah hampir maghrib, sampai di hotel kami bersiap2 untuk bersolat di Masjid Nabawi dan aku diberitahu ada sessi ke Raudhah malam ini....insyaAllah
No comments:
Post a Comment