*luar Masjid Nabawi yang menjadi pasar sehari
Maka sampailah harinya untuk aku berpisah dengan kota Madinah...namun paling utama ialah berpisah dengan makam Rasulullah dan Masjid Nabawi...kami diberitahu untuk membuat ziarah wida' kepada Rasulullah selepas zohor kerana bas akan bergerak menuju Makkah pada pukul 2.30 ptg...beg-beg pakaian di letak di lobi semenjak pukul 10 pagi lagi...hanya hand luggage saja yang kami bawa nanti bila naik bas....
Aku mengunjungi Masjid Nabawi untuk membuat ziarah wida' kepada Rasulullah...seperti mana kita bersedih untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kekasih hati, maka begitu lah yang dirasai semasa mengucapkan salam dan berdoa....air mata menitis secara automatik...dan suasana begitu tidak asing bagi pengunjung2 masjid...apakah mungkin kerana mereka pun merasai apa yang aku rasai...berat rasa kaki bila melangkah keluar dari Masjid Nabawi ini.....moga kita ketemu lagi ya Rasulullah....insyaAllah
*pintu pagar makam Rasulullah....gambar ehsan google
*indahnya Masjid Nabawi
Kami mandi sunat ihram dan siap berihram sebelum memulakan perjalanan ke Kota Suci Makkah Al Mukarramah...dan akan bermiqat di Masjid Bir Ali...Miqat ialah tempat di luar sempadan Makkah untuk berniat umrah....aku berniat ihram bersyarat kerana dikhuatiri haid aku datang lagi...oh lupa...haid ku datang selepas solat subuh....heran jugak aku tak pernah haid aku ni datang balik selepas bersuci namun kata Kak Zana, isteri ketua rombongan, itu perkara biasa....disebabkan aktiviti dan waktu tidur yang diluar kebiasaan, maka kitaran haid mungkin akan terganggu sedikit.....aku redha dengan ujian ini dan berharap segalanya selamat dan dipermudahkan untuk aku menunaikan umrah di Makkah nanti...
Sampai di Masjid Bir Ali, masuk waktu zohor maka yang turun bermiqat di masjid langsung menunaikan solat jamak zohor dan asar...aku hanya duduk diam dan bermiqat di atas bas sahaja....ku lihat ramai jemaah-jemaah semakin ramai berhimpun di situ....Masya Allah...semuanya akan memasuki Kota Makkah pada malam tersebut...
*Masjid Bir Ali - tempat bermiqat
Mutawif kami kali ini ialah Ustaz Anwar....juga orang seberang...ramah bercerita di dalam bas, tapi pemalu kalau jumpa di luar...hehehe.....selingan sket....menurut Ustaz, perjalanan akan mengambil masa 6 jam...(aish macam journey nak balik pantai timur pulak aku rasa)...akan berhenti sekali untuk makan malam....untuk solat maghrib, kami diminta melakukan jamak takhir bila sampai di hotel nanti...selesai berniat di miqat, maka bermulalah perjalanan kami ke Makkah dengan didahului bacaan talbiah sebanyak 33 kali di sepanjang jalan....
selesai bertalbiah, suasana dalam bas mula sunyi...ada yang sudah mula tidur...aku toleh belakang melihat suamiku, sudah selamat "berlayar"....aku layan perasaan sambil terfikir macam mana la rupa Makkah walau pun rasa sedih meninggalkan kota Madinah masih bersisa di hati....sementara tunggu mata mengantuk, maka ku ambil kamera dan klik...klik...gambar muka bumi tanah arab ni yang ku ambil....
pandangan sepanjang highway begini lah rupa bentuk muka buminya....jauh berbeza dengan highway kat Malaysia yang kiri kanannya hijau dengan pokok-pokok.....terdetik di hati macam mana di zaman Rasululllah dulu, baginda dan para sahabat berjalan menuju Madinah untuk berhijrah...berapa lama masa yang di ambil untuk sampai agaknya....takat pakai highway pun 6 jam perjalanan, ni kan pula melalui jalan berbukit-bukit....tapi kata suami ku, Rasulullah dan sahabat2 melalui lembah2...bukannya jalan open panas macam ni.....lega aku mendengarnya....
No comments:
Post a Comment