Friday, 27 April 2012

11 April 2012 : Masjid Quba' , Ladang Kurma & Jabal Uhud

Alhamdulillah....hari ketiga di Madinah kami mempunyai program ziarah dari pagi sampai ke petang...program nya ialah ke Masjid Quba', Ladang Kurma dan Jabal Uhud...kami ke sana menaiki bas yang telah diurus oleh pihak Andalusia.

Sedikit sejarah ringkas Masjid Quba...ianya merupakan masjid yang tertua di dunia dan yang pertama dibina oleh Rasulullah ketika beliau tiba di Madinah ketika Hijrah. Rasulullah meletakkan batu pertama untuk pembinaan masjid tersebut dan disudahkan oleh para sahabat sehingga menjadi sebuah masjid. Kami sampai di Masjid Quba' dalam pukul 8.30 pagi lebih kurang...terus jemaah-jemaah memasuki masjid untuk melakukan solat sunat....oleh kerana aku masih "bercuti" maka takat tawaf keliling masjid sajalah jawabnya...sambil2 mengambil gambar yang tak berapa professional...oh ye untuk umrah ni aku tak bawak kamera DSLR sebab nak jimatkan ruang beg...pinjam compact kamera kakak aku saja..maka gambar2 nya kurang la professional....(cewah...perasan!)





Ketika menunggu jemaah lain selesai solat, aku tengok ada sekumpulan kanak2 yang menjual tasbih, rantai mutiara dan minyak atar....cantik budak2nya....sayangnya cara berniaga dah jadi ala paksa rela...budak-budak ni hati kering sikit....kalau sekali kita menunjukkan minat nak beli, mereka akan tunggu dan ikut kita sampai kita beli barang-barang tu....terjadi pada salah seorang jemaah kami, budak-budak tu dah naik sampai atas bas...makcik ni bertanya itu ini pasal barang-barang dengan seorang budak perempuan ni....tapi tak jadi beli....budak tu tak nak berganjak...ditarik oleh mutawif dia keraskan badan atas lantai bas....dimarah oleh ketua rombongan pun dia buat degil juga...sudahnya kena bagi juga SR 10 baru dia turun....mutawif ugut nak panggil polis pun dia tak layan...bertuah sungguh budak-budak ni...

*budak-budak Afghan...tak sekolah ke diaorang ni

Di sini kami beramai2 membeli habbatus saudaq....seorang rakan bagitau kat pintu pagar masjid ada seorang tua tu jual murah...SR 15 untuk 2 bungkus....maka bersemangatlah kitaorang membeli sampai 6 bungkus...dalam perjalanan balik ke bas, ternampak ada seorang makcik ni jual...tanya dia berapa harga....SR 5 sebungkus.....hehehe....lagi murah!! Nak wat camne...dah tu rezeki kami...tapi suami ku beli juga dari makcik tu...tambah jumlah yang dah sedia ada

Selesai di Masjid Quba', kami ke ladang kurma....memula tu bas yang bawak kami nak masuk ke ladang kurma tu tak nak masuk rapat sebab tak mau kotorkan tayar bas dia disebabkan becak di depan pintu masuk kedai dalam ladang kurma...boleh pulak macam tu...perangai Pak Arab..di sini mutawif bagitau makanlah apa2 kurma yang hendak...tapi nak bawak balik kena bayar...makan kat situ free...aku dan suami tak beli apa-apa kat sini sebab kami dah dapat tips kurma di Pasar Kurma lebih murah...rupanya betul....sekilo kurma Ammal harganya SR 80....kat Pasar Kurma baru SR 50...kan jauh bezanya tu....since tak beli apa2, minum saja lah teh kurma...sedap jugak rasanya....tempat minum teh di belakang kedai...dalam ladang tu lah...

 *suami ku minum teh kurma

*ladang kurma 

*bangunan tu tempat beli kurma...macam pasar kecil 



oh lupa...mutawif ada bagitau kurma untuk kaum lelaki namanya Sakkarin (sukkar = gula)....khas untuk tambah tenaga kerana rasanya manis asli seperti ada gula...kurma untuk perempuan namanya Lebn (leben = susu). Cara nak makan Lebn sedap katanya kalau dihiris nipis dan di masukkan dalam susu sebelum dimakan. Maka masuk saja dalam kedai tu teruslah jemaah lelaki menyebut Sakkarin....jurujual terus menjerit-jerit "Sakkarin...! Sakkarin.." agaknya nak bagitau Sakkarin ada di sini....lelaki oh lelaki....


Selesai di ladang kurma, kami terus ke Jabal Uhud di mana berlakunya Perang Uhud dan di sini juga di makamkan 70 syuhada' termasuklah Sayyidina Hamzah...makam ini selalu diziarahi oleh Rasulullah suatu masa dahulu...program pagi ke Jabal Uhud adalah program agensi...petang nya kami sekali lagi ke Jabal Uhud tetapi di balik bukit-bukit tersebut..

*Jabal Uhud...bukit di sekeliling

Suasana agak panas hari tu...pukul 10 pagi pun dah terasa bahangnya....untungnya cuaca di sini ialah walaupun panas, ianya panas kering...berpeluh sakan pastu kering balik...okeh berbalik pada Jabal Uhud apa lagi yang ada di sana...selain makam para syuhada' terdapat Jabal Rumat atau lebih dikenali dengan nama Bukit Pemanah...cerita lawak mutawif ku, katanya ada jemaah yang tertukar Jabal Rumat dengan Jabal Rahmah...maka berdoalah jemaah ini agar dikurniakan jodoh...dijadikan cerita maka sampailah jodohnya selesai dia balik dari Makkah...tetapi selepas saja kahwin, asyik bergaduh je katanya...rupanya kerana dia tersalah tempat berdoa...dia berdoa di Jabal Rumat @ Bukit Pemanah...tempat medan perang....hehehe...tak tau lah cerita ni betul atau rekaan semata2...wallahualam


*Jabal Rumat @ Bukit Pemanah

Makam 70 syuhada' tu tak dapat aku ambil dengan jelas...kawasan makam-makam tu dah berpagar  dan yang nampak hanya pagar2 sahaja....ku hadiahkan Al-Fatihah kepada para syuhada' di situ....sayu mengenangkan bagaimana gigihnya sahabat-sahabat dan ummat Islam terdahulu berjuang hingga syahid untuk menegakkan syiar Islam....Allahhuakbar...bolehkah kita semua mencapai tahap seperti itu pada hari ini....termenung sekejap aku di tepi makam tu....

Balik dari Jabal Uhud kami singgah di Pasar Kurma...ya...kurma di sini murah dan pasarnya lebih meriah...banyak juga kami beli kat sini...berbaloi bak kata orang...ada banyak kedai di situ...tapi kedai no 58 ni ramai orang...ntah tak tau naper...

*pasar kurma....meriah

No comments:

Post a Comment