Monday 13 August 2012

Umrah - Hadiah paling bermakna

Pada entri yang lepas aku banyak ceritakan tentang tempat-tempat yang dikunjungi semasa di Makkah dan Madinah....dan pada saat entri ini ditulis, hati ini sangat rindu kepada tanah-tanah suci ini...aku tak jemu-jemu melihat gambar-gambar umrah kami hatta gambar umrah rakan-rakan yang lain juga bisa menggembirakan dan meredakan rindu di hati ini....terasa gamitan tanah suci sangat kuat....bila berjumpa dengan jemaah-jemaah dari kumpulan yang sama, cerita-cerita umrah masih lagi menjadi bualan...seakan baru semalam kami mengunjungi dan mengerjakan umrah di Makkah....masih terbayang-bayang kenangan di sana....Alhamdulillah....sesungguhnya ingatan di kotak memori ini adalah kurniaan Illahi yang tidak ternilai...masih segar dan utuh di fikiran kami....

Umrah ini adalah hadiah paling bermakna dalam hidupku...syukur ku kepada Allah Taala kerana menjemput ku dan suami ku ke sana.....terima kasih juga kepada suami ku melalui usahanya, kaki menjejak tanah suci ini...bermakna kepada ku kerana sebelum ini, kisah-kisah orang pergi umrah sekadar ku dengar sahaja kerana tidak merasa impaknya....sebelum ini tak terjangkau di fikiran ku bahawa akan sampai ke tanah suci pada usia 36 tahun. Aku selalu melihat gambar kawan-kawan yang bercuti ke luar negeri....teringin sungguh rasanya untuk bersama suami dan anak mengunjungi tempat2 sebegini....aku selalu berangan bercuti ke tempat-tempat seperti Scotland, Switzerland, USA dan sebagainya.....selalu tertanya-tanya di dalam hati bilakah ada peluang untuk kami ke sana.....malah meletak target bila boleh ke tempat sebegini. Allah Taala yang bersifat Maha Penyayang, di jemputnya aku dan suami untuk menunaikan umrah....atas nikmat kunjungan yang diberikan, keinginan untuk bercuti ke luar negeri tidak penting lagi....andai kata aku diberi pilihan pakej ke luar negeri atau umrah, aku akan memilih umrah. Umrah adalah hadiah paling bernilai bagiku...

Kenapa ia bernilai? Umrah adalah kurniaNya....bukan sekadar mempunyai kuasa wang maka sampailah kita ke sana...teringat kata2 mutawif ku bahawa berapa ramai umat Islam yang berharta, tapi tidak mampu juga untuk mengunjungi tanah-tanah haram ini setiap tahun, bahkan setiap bulan....kerana apa? kerana tidak mendapat kurnia-Nya..

Nikmat umrah itu ku rasai setiap detik di sana...mengunjungi Masjid Nabawi dimana terletaknya jasad nabi besar junjungan, nabi akhir zaman....percaya tak percaya bahawa aku sampai di masjid yang dimuliakan ini. Tersentuh hati ku mengingatkan kenapa arwah abah terlalu suka untuk datang berkali-kali membuat umrah setiap bulan Ramadhan saban tahun....nikmat berada di Masjid Nabawi seindah rupanya. Aku sukakan suasana di subuh hari, berjalan beramai2 merentas jalan yang hanya berapa ratus meter sahaja dalam suasana yang sunyi dan sejuk....kedengaran hanyalah tapak2 kaki yang berjalan laju untuk merebut saf-saf di hadapan. Berada di dalam masjid yang besar, sejuk dan nyaman. Walaupun ada ketikanya sesak dan bertolakan, itu hanyalah halangan kecil yang tak perlu diperbesarkan bagiku....dan kesempatan yang Allah Taala berikan untuk ku mengunjungi Raudhah dan bersolat di dalamnya....terlalu sukar untuk ku gambarkan perasaan nya...demi Allah, suasana kehidupan di Madinah walaupun hanya 3 hari di sana sangat memberi kesan dalam memori hidupku....orang-orangnya ramah dan ramai cuba berbahasa melayu. Paling kelakar ada yang menyangka aku ini anak suami ku bukannya isteri....hehehe...mungkin Pak Arab itu bergurau sahaja...sayu bila sampai masanya utk berpisah dengan bumi Madinah....pernahkah kita merasa sayu meninggalkan tempat kita bercuti? Selalunya hati tidak sabar2 untuk balik ke rumah...there's no place like home katakan....tapi tidak di Madinah....sayu meninggalkan bumi yang suatu masa dahulu adalah tempat Rasullullah mengembangkan agama Islam setelah melakukan hijrah.

Nikmat mengunjungi Makkah Al-Mukarramah dan Masjidil Haram....subhanallah...terasa ingin ku sujud syukur setiap hari kerana diizinkanNya menjejak tanah haram ini. Jangan diingat bila sampai di Madinah pasti kita akan ke Makkah. Ada jemaah yang tidak sampai di Makkah dalam rombongan kami...perjalanan umrah ziarahnya hanya sampai di Madinah...ajalnya sampai dan dikuburkan di perkuburan Baqi'. Maka seharusnya aku sentiasa bersyukur kerana nyawaku masih panjang dan Allah Taala sampaikan ku jua di tanah suci ini. Kehidupan di Makkah sangat ku rindui....sangat simple dan sangat tenang...yang diingat hanyalah waktu untuk bersolat. Aku sukakan suasananya berjalan di subuh hari (pukul 4 pagi) ke Masjidil Haram. Perjalanan selama 15 minit tidak terasa, malahan terhibur dengan aktiviti-aktiviti jualan sepanjang jalan. Duduk-duduk sahaja di dalam masjid sahaja pun sudah terasa tenang apatah lagi beribadah di dalamnya...mata tidak lepas2 memandang Kaabah. Tidak jemu-jemu. Begitu juga dengan program ziarah...sangat istimewa bagiku...kebanyakan jemaah hanya berpeluang memanjat Jabal Rahmah. Namun kumpulan jemaah kami banyak melakukan ziarah pilihan....bila ada aktiviti, seawal pukul 7 pagi kami akan berada di lobi hotel menunggu bas. Ada juga ziarah di waktu malam. Pengalaman mendaki Jabal Nur dan Jabal Thur sangat berharga. Tidak pernah dalam kamus hidupku aku berminat memanjat bukit. Tapi dengan izinNya, sampai aku di puncak kedua-dua bukit ini dan berpeluang melihat tinggalan gua yang bersejarah ini.

Seperkara lagi, aku kira nikmat kurniaNya jua...dengan terjejaknya kaki aku di tanah2 suci ini dan berpeluang menziarahi tinggalan-tinggalan serta kisah-kisah Rasulullah, Allah Taala gerakkan kembali hati ini membaca kisah-kisah Rasulullah dan para sahabat...walaupun dari zaman kanak2 lagi aku sudah membaca kisah hidup Nabi-Nabi, namun ianya sekadar cerita dan sejarah...selepas pulang dari umrah, kisah-kisah ini seakan hidup di depan mata....menjadi seperti satu layar perak...setiap bait yg ku baca, maka dapat ku gambarkan suasananya....semata-mata kerana aku sudah ziarahi tempat tersebut dalam umrahku ini....kisah Perang Uhud...di mata letaknya Bukit Pemanah yang menempatkan pemanah2 semuanya dapat ku gambarkan...sesungguhnya kuasa Allah Taala tiada tandingan...membaca kisah Rasulullah dari waktu baginda mendirikan Masjid Nabawi hinggalah wafatnya baginda di rumahnya di tepi masjid  tersebut....hati ini sungguh sayu...semuanya semata2 aku dapat gambarkan bagaimana masjidnya dan suasana sekitarnya...sememang berbeza daripada 1,400 tahun yang lalu, tetapi di situlah tempatnya...di situlah kisahnya....dan disitulah ku jejakkan kaki dan sujud di dalamnya...

Doaku dan suamiku dengan ihsanNya dapat lagi kami ke sini...ke tanah-tanah suci Mu...sebelum dijemput kami kembali kepadaMu ke alam yang kekal..."mengetahui Allah Taala itu atas tiap2 sesuatu dan ke sudut hati kamu itu diketahuiNya jua..." wallahuallam...

Monday 18 June 2012

Hudaibiyyah

Sesiapa yang masih ingat sirah Islami, mesti masih ingat tentang perjanjian Hudaibiyyah...perjanjian ini adalah antara pihak musyrikin Makkah dan Rasulullah pada tahun ke 6 Hijrah...dinamakan perjanjian Hudaibiyyah sempena nama tempat di mana perjanjian itu ditandatangani.

Dalam perjalanan ke tempat tersebut, mutawif kami menunjukkan ada sebuah telaga di tepi highway...namanya telaga Hudaybiyyah...kisahnya telaga ini terjadi apabila Rasulullah memacakkan anak panah ke tanah setelah para sahabat mengadu kawasan tersebut tiada air...maka keluarlah mata air yang akhirnya menjadi telaga.....sayangnya telaga ini telah ditutup oleh kerajaan Arab Saudi dan sebabnya tidak jelas kenapa mereka membuat sedemikian...sempat aku snap gambar telaga ni dari atas bas....bas bergerak perlahan kerana ada check-point untuk pemeriksaan polis...tapi bas kami takde masalah, terus diberi kebenaran untuk melalui check-point.


*Telaga Hudaybiyyah...yang bertutup seperti kubah...di tepi highway sahaja

Teringat kisah yang diceritakan oleh mutawif kami bahawa sempadan tanah haram mempunyai check-point di mana orang bukan Islam tidak boleh melepasi sempadan ini. Kata beliau, ada kisah dimana terdapat beberapa orang bukan Islam berniat untuk masuk ke Tanah Suci Makkah dan berpura-pura menjadi orang Islam lalu berjaya melepasi check-point ini...Sesungguhnya tanah suci Makkah adalah dipelihara olehNya...kereta tersebut terbabas dan semua yang berada di dalamnya terbunuh....mungkin mereka tidak mengambil iktibar kisah tentera bergajah Abrahah yang cuba menceroboh kota Makkah dan akhirnya dihancurkan oleh Allah Taala melalui burung Ababil yang membawa batu-batu panas...

Tempat kami dibawa merupakan tapak masjid Hudaybiyyah yang hanya tinggal bata-bata dinding masjid lama dan tapak masjid. Malah sudah ada masjid baru yang menggantikan di hadapan tapak lama dan di tepi jalan raya....suasana boleh dikira sudah senja dan hampir maghrib semasa kami tiba...sempat la ambik gambar guna bb sahaja dua-tiga snap...tak banyak untuk diceritakan selain daripada melihat sahaja tinggalan dinding-dinding lama masjid...aku rasa sayu di dalam hati mengenangkan Rasulullah pernah berada di tanah yang sama di sini beribu tahun dahulu...



* tinggalan Masjid Hudaybiyyah...

Bila azan berbunyi, bergegas juga la kami untuk mengambil wuduk...uniknya air di masjid ini ianya air masin...seperti kita mengambil wuduk dengan air laut...rupanya di kawasan ini, air nya tidak ditapis menjadi air suling, tidak seperti di bandar Makkah. Walau pun tahu bahawa sumbernya juga adalah air laut, namun air di Makkah tidak terasa masinnya. Selesai solat kami bertolak kembali ke hotel dan bersedia untuk ziarah yang selanjutnya...malam tersebut lah kami memanjat Jabal Nur...hehehe...

Thursday 14 June 2012

Jabal Rahmah, Ladang Unta & Muzium Dua Masjid

Tiga tempat ni akan diceritakan dalam satu post ni...insyaAllah...sebabnya setiap tempat tak lama kitaorang pergi....singgah sekejap2 saja..hari nya pun lain-lain tapi aku yang dah tak ingat hari apa...yang penting tempat dan peristiwa masih kekal dalam ingatan....

Jabal Rahmah letaknya di Arafah....antara salah satu tempat yang memang telah disenaraikan sebagai tempat ziarah di dalam package umrah...rasanya mana2 agensi mesti ada ziarah ke sini....disebabkan pergi bukan musim haji jadi dengan senangnya bas-bas masuk bawa jemaah ke sini...mengikut kata mutawwif kami, kalau musim haji, dia pernah mengalami suasana di mana sepatutnya perjalanan keluar dari Arafah memakan masa dalam 10 minit tapi menjadi satu jam....ramainya manusia dan bas-bas menyebabkan perjalanan macam siput...agaknya pemandu bas tu takat bawak 20 km/hour kut...mau tertidur-tidur jemaah kat atas bas-bas tu....


* di kaki Jabal Rahmah

Kata mutawif kami lagi, semasa musim haji, Jabal Rahmah ni jadi bukit manusia...putih sahaja...sebab penuh dengan jemaah-jemaah yang memanjat2 bukit itu....masa kami pergi, kami naik tangga saja...takde la memanjat2 ni....sepanjang naik tangga, terdapat budak2 yang cacat anggota duduk meminta sedekah sambil menjerit-jerit....menyanyi ke menjerit saja ke aku pun tak tau...tapi macam bahaya diaorang duduk di tengah-tengah jalan macam tu...kena langgar dgn orang yang turun naik nanti, mau tergolek-golek jatuh ke bawah nanti....Cuaca pulak agak panas hari tu...banyak jugak minum air mineral sepanjang mendaki...

Aku dan suami sampai juga di puncak bukit tu....tak tinggi pun, dalam 15 minit mendaki sampai la ke atas....di atas bukit kami berdoa dan juga menyampaikan doa-doa yang dikirim oleh kawan-kawan....sebenarnya berdoa boleh di mana-mana sahaja, tapi tak salah juga kalau kita berdoa di tempat yang sejarahnya di sini lah bertemunya kembali Nabi Adam dan Siti Hawa yang beratus-ratus tahun terpisah setelah diturunkan ke dunia ini atas kehendakNya...mengambil berkat kata orang....wallahualam...

Di hari yang lain kami ke ladang unta...kagum bila tengok ladang unta ni rupanya tepi highway saja...sepanjang-panjang highway kami ke Hudaibiyah tu penuh dengan ladang-ladang unta....kebanyakannya diusahakan oleh kaum Badwi...dan mereka masih duduk dalam KHEMAH!! tapi yang moden la...takat ribut pasir sikit-sikit tu takde hal la...kat ladang unta ni dibenarkan beli susu unta....errr...aku cuba seteguk saja...tak sedap...hehehe...mungkin kerana tak biasa...tengok orang lain minum elok jer...

*rumput makanan unta 

*bergaya depan unta....hehehe 

*aku yang cuak nak bergambar dengan unta 

*ladang unta....tepi highway

*khemah moden orang Badwi dekat ladang unta...tepi highway jer ni

Sekejap saja kami di ladang unta ni sebab menunggu masa untuk ke Muzium Dua Masjid...muzium ni tak semua dapat masuk.....masanya sangat terhad...dan datang kena tepat pada masa, kalau tak diaorang tak bagi masuk....di muzium ni terdapat sejarah-sejarah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi....ada barangan tinggalan sejarah dan ada yang replika....mutawif mengingatkan kami agar menjaga adab dan tidak menyentuh barang-barang tersebut....tapi nak ambik gambar dibenarkan...



 *dihadapan pintu masuk muzium

 *pelan pembesaran kawasan Masjidil Haram...dijangka boleh memuatkan 10 juta jemaah

 *tangga mimbar lama

*tak sempat baca apa kisahnya (sbb dalam bahasa Arab) 

*pintu lama Kaabah 

*pagar telaga Zam-Zam

*tiang tersebut ialah tiang di dalam Kaabah dulu...

*replika tapak kaki Nabi Ibrahim...dipanggil Maqam Ibrahim

Sedikit kisah Maqam Ibrahim....aku dulu ingatkan Maqam Ibrahim ni ialah kubur Nabi Ibrahim....rupa-rupanya dari segi bahasa (Arab) maqam bererti "tempat berpijak". Maqam Ibrahim iaitu batu yang dibawa oleh Nabi Ismail untuk bapanya yakni Nabi Ibrahim berpijak ketika mereka membina Kaabah...ketika binaan Kaabah semakin tinggi dan Nabi Ibrahim tidak sampai untuk meletakkan batu, maka dibawalah oleh Nabi Ismail batu sebagai tempat berpijak....yang menariknya setiap kali bangunan Kaabah bertambah tinggi, batu tersebut ikut naik seolah-olah ia berfungsi sebagai kren...Subnaallah...tiada yang mustahil bagiNya....batu tempat Nabi Ibrahim berpijak itu telah dilembutkan oleh Allah Taala, maka ia berupa bentuk tapak kaki baginda....kisah maqam Ibrahim ini boleh dibaca di dalam buku sejarah Makkah...Maqam yang asal berada di tepi Kaabah sekarang...masa aku tawaf tak dapat aku rapat kepada Maqam ini, sekadar lalu sahaja...tapi ianya dijadikan panduan dan tanda untuk kita solat sunat selepas tawaf iaitu di bahagian belakangnya....

Keluar dari muzium tersebut sudah hampir maghrib dan kami meneruskan ziarah dengan pergi pula ke suatu tempat bernama Hudaibiyyah di mana kalau sesiapa ingat di situlah perjanjian Hudaibiyyah berlaku...

Thursday 7 June 2012

Jabal Thur 2

Pengalaman di Jabal Thur ni agak panjang...sesuai dengan pendakian paling lama antara banyak2 bukit yang didaki....sampai di puncak lebih kurang selepas 2 jam mendaki...dan kali ini tidak terkejut sangat melihat gua nya...sudah faham bahawa guanya adalah cantuman batu-batu besar. Gembira yang amat kerana sampai ke tempat Rasullullah S.A.W dan Sayyidina Abu Bakar bersembunyi...

 * di hadapan Gua Thur

*pandangan dari atas Gua Thur 

* gembira...sampai...dgn berpeluh2 dan berminyak2

Dulu dikatakan pintu masuk ke Gua Thur tu muat2 badan sahaja dan kena masuk dalam keadaan meniarap...sekarang telah dibesarkan pintu masuk tu. Terbayang sekejap bagaimana Rasulullah S.A.W dan sahabat baginda masuk dan duduk di dalam Gua Thur...keadaan dalam gua ini ada 2 tahap...diandaikan satu tempat solat dan satu lagi tempat berehat/berbaring....tak dapat kita nak berdiri tegak di dalam gua ini. Terharu mengingatkan susah payah baginda dalam menyebarkan agama Islam yang masih kekal ke hari ini...dengan izinNya...kami lakukan sujud syukur dan panjatkan doa serta kalam kami kepadaNya di dalam gua ini...Alhamdulillah..

Seterusnya sessi bergambar...ada satu kawasan lapang di atas sedikit gua tersebut...dapatlah jemaah kami beramai2 bergambar...istimewanya dari puncak ini dapat berlatarbelakangkan bandar Makkah...sayup2 boleh dilihat Zam Zam Tower bermakna di situlah Kaabah berada. 

* jemaah dgn muka gembira sbb selamat sampai di atas

Perasaan percaya tak percaya bahawa sebenarnya kami telah sampai di Jabal Thur yang beribu tahun dahulu adalah tempat yang sama dijejak oleh Rasulullah S.A.W dan kini peninggalannya masih ada. Beribu-ribu kesyukuran aku panjatkan di dalam hati dengan nikmat yg Allah Taala beri ini...

* bersama suami di puncak Jabal Thur...sayup2 nampak Zam Zam Tower

Turun dari Jabal Thur tak kurang cabarannya....sbb curam...tetapi masa lagi pendek sebab beban badan tu kurang sedikit...kena berhati2 pula takut tergelincir sbb pasir2 dan batu2...lebih kurang sejam masa diambil utk turun berbanding naik selama 2 jam...sampai di bawah, aku dan suami terserempak dengan satu keluarga Arab...anak perempuan remajanya bertanya samada kami baru selesai memanjat bukit...kami menjawab ya...berapa lama naik?...sengih2 kami bagitau masanya selama 2 jam....terus diberitahu si Ayah dan beliau menjawab "mumtaz" iaitu cemerlang, syabas dan sebagainya...dengan nada kagum. Dan rasanya mereka membatalkan niat utk naik Jabal Thur kerana tidak sesuai....ada baby dengan budak2 sekali kut....mau menangis diaorg nak sampai ke atas...

* perjalanan turun

Sampai ke bawah, aku minum Pepsi...jarang2 aku ni suka minum air bergas ni...tapi kerana letih dan perlukan instant sugar, terasa nikmat sungguh air tersebut....terasa lembik sekejap kaki ku....menggigil masa nak naik van...hehehe....Alhamdulillah selamat sampai dan balik semula ke hotel sebelum azan zohor...Jabal Thur...doaku....Allah Taala izinkan lagi aku dan suami sampai lagi ke puncakmu sekali lagi...insyaAllah






Sunday 13 May 2012

Jabal Thur : Gua Thur

Memang kumpulan umrah kami ini banyak aktiviti...selepas mendaki Jabal Nur, tibalah pula pendakian Jabal Thur....di Jabal Thur, terdapat gua di mana tempat Rasulullah S.A.W dan Sayyidina Abu Bakar bersembunyi semasa penghijrahan baginda ke Madinah dari orang-orang kafir Makkah...di sinilah kisah dimana pintu gua di tutup oleh sarang labah2 dan burung merpati membuat sarangnya di depan gua....menyebabkan golongan kafir ini menolak sangkaan ada orang bersembunyi di dalam gua ini...

Mendaki Jabal Thur, cabarannya bukan pada bukit yang curam....bukitnya sedikit landai...tetapi lebih tinggi....di mana kami mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke atasnya...bayangkan 2 jam pendaki-pendaki amatur ini mendaki, entah berapa pit stop yang kami lakukan....hehehe...azam untuk sampai ke puncak itu diizinkan Allah Taala jua akhirnya....tidak mahu terlepas melihat sejarah peninggalan junjungan Nabi Muhammad S.A.W pada umrah ini.

Pendakian di mulakan pada pukul 6.45 am....suasana dah cerah pun...macam dah pukul 10 pagi waktu Malaysia cuacanya....




*pemandangan di Jabal Thur

Mendakinya memang tak susah sangat sebab dah ada tangga2 buatan orang2 Pakistan di situ....tetapi kerana jauhnya pendakian tu, maka kami memang berhenti setiap 10 minit kut....semasa kami mendaki, terserempak dengan pelawat2 dari negara lain yang memberi kata2 perangsang untuk kami teruskan pendakian....laju saja tengok mereka turun dengan muka yang ceria....peluh kat badan jangan ceritalah macam mana keluarnya...istimewanya tanah suci ini cuacanya panas kering....berpeluh lah macam mana pun lepas tu kering...dan tidak berbau.....peluh tu lah yang menyejukkan badan bila sekali sekala angin bertiup...

 * sayup mata memandang orang mendaki

 *begini lah tangga nya sepanjang jalan

*kedai buatan...tempat pit stop dalam perjalanan mendaki

Thursday 10 May 2012

Jabal Nur : Mengunjugi Gua Hira'

Kata ketua rombongan ku, kumpulan kami akan mendaki Jabal Nur di mana terletaknya Gua Hira' tempat wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah S.A.W pada waktu malam...sememangnya kami telah membuat persediaan awal dari Malaysia dengan membawa torchlight untuk mendaki bukit ini....berbekalkan pengalaman mendaki Jabal Uhud di Madinah, aku sedikit yakin boleh mendaki Jabal Nur....

Kami berkumpul pada pukul 10 malam dan dibawa menaiki bas ke kaki bukit tersebut...rupanya untuk sampai ke tempat pendakian, kami kena pula naik van kerana bas tidak dapat masuk ke perkampungan tersebut...kecut perut kejap bila tengok van tu di pandu laju memecut naik ke kaki bukit....cabaran berikutnya, untuk sampai ke kaki bukit, kena mendaki jalan tar yang curam nya 45 darjah....cuak memikirkan bagaimana nak panjat bukit ni.....suami ku membelikan sebatang tongkat untukku...dia sendiri memang sudah membawa tongkat dari Malaysia kerana keadaan lututnya menuntut dia memakai tongkat. Syukur tongkat itu banyak membantu kerana kita memerlukan sokongan untuk menolak badan ke atas....

Sewaktu memulakan pendakian, barulah jelas rupanya terdapat tangga buatan manusia sudah dibuat...namun kerana bukitnya curam, tangganya juga agak curam dan tidak sama besar....maka langkah kaki juga tidak sekata jadinya....banyak kali kami berhenti sepanjang naik tangga tersebut....macam nak pecah dada ada jugak....patutlah orang naik Jabal Nur waktu malam....bukit batu menyebabkan haba naik dan bertambah panas jadinya nanti....tercungap-cungap kami nak memanjat tangga bukit...sesambil tu terfikir macam mana la Rasulullah dulu memanjat bukit untuk menguzlahkan diri di Gua Hira' tanpa ada tangga ni semua....dan bagaimana Siti Khadijah memanjat bukit ini untuk membawa makanan kepada baginda....sebak memikirkan keadaan dan kesungguhan orang-orang terdahulu yang mulia ini.

Sepanjang jalan ada Pakistan yang membuat tangga-tangga ini...di sambil meminta sedekah kepada orang ramai...terdapat sedikit suasana paksaan di sini...sedekah itu digalakkan tapi janganlah marah2 kalau orang tak nak bagi...ralat sedikit dengan keadaan ini.

Di sepanjang pendakian, terdapat "pit stop" atau tempat-tempat berehat...bolehlah berhenti menarik nafas dan minum air sekejap...aku membawa bekalan air zam-zam...sambil2 minum bermohon pada yang Esa agar diberi kemampuan dan kekuatan untuk sampai ke puncak dan melihat Gua Hira'. Keputusannya ialah kami mengambil masa selama satu jam untuk naik ke puncak.....hehehe...tak sangka sungguh...

*lega....sampai...

*inilah Gua Hira'....kelihatan seorang jemaah sedang solat sunat

Kami antara kumpulan yang kedua terakhir sampai...untuk ke Gua Hira' kena melalui satu lubang dalam batu yang sempit...di dalamnya sekali lagi terdapat Pakistan yang meminta sedekah...sekiranya tidak diberi dia tak nak tunjukkan laluan ke Gua Hira'. Agak kurang selesa dengan keadaan ini....lubangnya sempit, muat2 badan yang lalu sahaja...sampai di Gua Hira' agak terkejut juga aku...di kepala ku terbayang gua seperti di Malaysia....rupanya gua tersebut adalah batu2 yg boleh memuatkan 2 orang sahaja...Allah Taala meletakkan istimewaan Gua Hira' dengan kedudukannya menghala ke Kaabah....sayup mata memandang dapat melihat Zam-zam Tower di mana terletaknya Kaabah...Subhanallah...

Pesan ketua rombongan ku, buat sahaja sujud syukur di Gua Hira'....terpulang samada nak solat sunat di situ pun boleh....aku melakukan sujud syukur ku di situ....di tempat yang suatu masa dahulu Rasulullah menerima wahyu pertama yang dibawa melalui Jibrail....Allhamdulillah....

Turun mengambil masa kurang dari sejam...dan masa dan merangkak ke pukul 1 pagi....sampai di kaki bukit, tunggu pula van untuk bawa kami ke bawah....aku tengok rumah2 di situ dah sunyi dan gelap....tak terganggu ke diaorang dengan bunyi orang ramai bercakap2 kat luar rumah...dah biasa agaknya...sekali lagi van dipandu laju turun bukit...pak arab ni memang jenis takleh bawak pelan2 kut....

Lupa nak cerita pasal mutawif kami Ustaz Anwar...kita ni punyalah lengkap berpakaian sukan untuk mendaki tangga Jabal Nur....beliau naik ke atas pakai jubah dengan sandal macam tu saja...dan sekejap dan sampai...memang sihat betul badan ustaz ni...hehehe...

Sambil2 menunggu lagi jemaah yang lain, kami tidur dalam bas...letak jer kepala terus hanyut...penat tak ingat kut...tak pernah2 mendaki bukit2 kat Malaysia ni, alih2 bukit di Makkah yang menjadi bukit pilihan...suasana bas memang sunyi....tetiba bas bergerak meninggalkan Jabal Nur...berdoa ku di dalam hati dimakbulkan doa ku untuk datang mengunjungi lagi Gua Hira' suatu hari nanti....insyaAllah...Alhamdulillah kami sampai semula di hotel sekitar jam 2 pagi...penat tetapi puas hati...

Esok rupanya ada kisah selingan....seorang jemaah kami telah tertinggal di dalam bas...beliau tidur di bahagian hadapan bas sementara kebanyakan kami berada di bahagian belakang bas....oleh kerana letih beliau terlena dan tak sedar bas dah sampai di depan hotel....dalam keadaan mengantuk dan letih tak siapa tersedar beliau tidak turun sekali....jemaah tersebut roommate suami ku, sangka ahli-ahli bilik, beliau terus ke masjid..sekali dekat pukul 3 pagi beliau masuk ke bilik.....rupanya dihantar pulang oleh pemandu bas yang tersedar ada seorang jemaah terlena dan tertinggal atas bas....hehehhe....suatu kisah yang tidak dapat dilupakan....


Wednesday 2 May 2012

Makkah Al-Mukarramah

Selepas 6 jam perjalanan, akhirnya sampailah kami ke kota Makkah Al-Mukarramah pada pukul 10.30 malam...kiri kanan aku melihat deretan kedai-kedai....mengharapkan kelainan, tapi nampak biasa saja semua....mungkin kerana suasana gelap kut maka tiada pemandangan menarik...sehinggalah bas melalui hotel-hotel besar dan cantik....macam ni ke rupa hotel nanti, tertanya-tanya ku di dalam hati....kemudian kedengaran suara mutawif memberitahu di sebelah kanan ialah Masjidil Haram.....Subnallah....ternganga aku kejap....percaya tak percaya akhirnya aku sampai di Tanah Suci ini...besar dan cantik....dan RAMAI orang!! serta-merta kecut perut kejap....boleh ke ni aku buat umrah ni...ramainya orang...aku berdoa sekali lagi dipermudahkan ibadahku...bas membuat u-turn dan akhirnya berhenti di hadapan sebuah hotel....kecil dan sesak dengan jemaah di lobi nya....mana taknya empat biji bas kut dari Madinah....berpeluh-peluh mencari beg pakaian...al maklum la hampir semuanya sama kan...tag atau riben saja yang membezakan.....selesai pembahagian bilik, satu hal pula tunggu lift....kecil dan perlahan saja lift tu....sampai di bilik, terdiam jap aku....sebab biliknya kecil saja...tak sebesar bilik di Madinah....tapi ku sabarkan hati dan mengucapkan syukur padaNya kerana segalanya selesai....

*katilku di hotel Wardat Agiyad

 * gambar Kaabah yang diambil dengan bb selesai aku buat umrah...10.30am

* Masjidil Haram yang diambil dengan bb 

Mutawif memberitahu umrah akan diteruskan malam itu juga bagi yang sudah bermiqat dan berihram...aku tak pergi malam tu atas sebab "keuzuran"...maka aku tak dapat lah menyertai rombongan malam tersebut...tapi Alhamdulillah aku dapat bersuci malam itu dan akan tunggu esok pagi sekiranya "bersih" maka dapatlah aku membuat umrah....oleh kerana aku telah niat umrah bersyarat, maka aku masih dikira di dalam ihram....pantang larang di dalam ihram sebanyak 13 perkara harus dijaga...malam itu aku tidur keseorangan di bilik dalam keadaan rambut tidak disikat sebab tak mahu terlanggar pantang larang di dalam ihram....

Pukul 3 pagi, aku terjaga...dah terbiasa bangun pukul 3 di Madinah untuk solat subuh pukul 4 pagi...syukur sekali lagi kerana aku sudah benar2 "bersih" kali ini....selesai mandi dan bersolat, rakan2 bilik aku balik....cemburunya aku sebab mereka telah selesai menunaikan umrah wajib.....ku lihat mata semuanya dah lebam sebab mereka tak tidur lah sebenarnya....selesai umrah terus tunggu solat subuh berjemaah...

Tak lama kemudian tiba-tiba datang K.Mah mengetuk bilik aku....kes kakak ni sama dengan aku iaitu "haid berekor...". Katanya kalau dah bersih, jom kita buat umrah...kak Kiah nak bawak kita.....huh? kak kiah? kak kiah mana pulak kak? kata K.Mah...tak kisah lah siapa kak Kiah tu, janji dia nak tunjuk kita untuk buat umrah....sepantas kilat aku memakai telekung dan jubah putih, ku capai beg yang didalamnya telah ku siapkan sebotol air mineral kosong (nak ambik air zam-zam), buku panduan umrah, handphone serta duit. Handphone ku letak dalam mode silent, ku masukkan ke dalam poket seluar....karang kena rampas kalau letak dalam beg...

* Kak Kiah (duduk) yang membantu aku melakukan umrah

Aku bertalbiah sepanjang jalan di dalam hati....berdebar-debar kerana akan melakukan umrah...aku ingatkan akan bersendirian melakukannya, pertolongan dari Allah tak siapa dapat jangka...didatangkan K.Mah dan Kak Kiah untuk memudahkan ibadah umrah ini....Alhamdulillah....waktu baru pukul 6 pagi tapi bumi Makkah telah terang-benderang dengan cuaca yang selesa...