Thursday 10 May 2012

Jabal Nur : Mengunjugi Gua Hira'

Kata ketua rombongan ku, kumpulan kami akan mendaki Jabal Nur di mana terletaknya Gua Hira' tempat wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah S.A.W pada waktu malam...sememangnya kami telah membuat persediaan awal dari Malaysia dengan membawa torchlight untuk mendaki bukit ini....berbekalkan pengalaman mendaki Jabal Uhud di Madinah, aku sedikit yakin boleh mendaki Jabal Nur....

Kami berkumpul pada pukul 10 malam dan dibawa menaiki bas ke kaki bukit tersebut...rupanya untuk sampai ke tempat pendakian, kami kena pula naik van kerana bas tidak dapat masuk ke perkampungan tersebut...kecut perut kejap bila tengok van tu di pandu laju memecut naik ke kaki bukit....cabaran berikutnya, untuk sampai ke kaki bukit, kena mendaki jalan tar yang curam nya 45 darjah....cuak memikirkan bagaimana nak panjat bukit ni.....suami ku membelikan sebatang tongkat untukku...dia sendiri memang sudah membawa tongkat dari Malaysia kerana keadaan lututnya menuntut dia memakai tongkat. Syukur tongkat itu banyak membantu kerana kita memerlukan sokongan untuk menolak badan ke atas....

Sewaktu memulakan pendakian, barulah jelas rupanya terdapat tangga buatan manusia sudah dibuat...namun kerana bukitnya curam, tangganya juga agak curam dan tidak sama besar....maka langkah kaki juga tidak sekata jadinya....banyak kali kami berhenti sepanjang naik tangga tersebut....macam nak pecah dada ada jugak....patutlah orang naik Jabal Nur waktu malam....bukit batu menyebabkan haba naik dan bertambah panas jadinya nanti....tercungap-cungap kami nak memanjat tangga bukit...sesambil tu terfikir macam mana la Rasulullah dulu memanjat bukit untuk menguzlahkan diri di Gua Hira' tanpa ada tangga ni semua....dan bagaimana Siti Khadijah memanjat bukit ini untuk membawa makanan kepada baginda....sebak memikirkan keadaan dan kesungguhan orang-orang terdahulu yang mulia ini.

Sepanjang jalan ada Pakistan yang membuat tangga-tangga ini...di sambil meminta sedekah kepada orang ramai...terdapat sedikit suasana paksaan di sini...sedekah itu digalakkan tapi janganlah marah2 kalau orang tak nak bagi...ralat sedikit dengan keadaan ini.

Di sepanjang pendakian, terdapat "pit stop" atau tempat-tempat berehat...bolehlah berhenti menarik nafas dan minum air sekejap...aku membawa bekalan air zam-zam...sambil2 minum bermohon pada yang Esa agar diberi kemampuan dan kekuatan untuk sampai ke puncak dan melihat Gua Hira'. Keputusannya ialah kami mengambil masa selama satu jam untuk naik ke puncak.....hehehe...tak sangka sungguh...

*lega....sampai...

*inilah Gua Hira'....kelihatan seorang jemaah sedang solat sunat

Kami antara kumpulan yang kedua terakhir sampai...untuk ke Gua Hira' kena melalui satu lubang dalam batu yang sempit...di dalamnya sekali lagi terdapat Pakistan yang meminta sedekah...sekiranya tidak diberi dia tak nak tunjukkan laluan ke Gua Hira'. Agak kurang selesa dengan keadaan ini....lubangnya sempit, muat2 badan yang lalu sahaja...sampai di Gua Hira' agak terkejut juga aku...di kepala ku terbayang gua seperti di Malaysia....rupanya gua tersebut adalah batu2 yg boleh memuatkan 2 orang sahaja...Allah Taala meletakkan istimewaan Gua Hira' dengan kedudukannya menghala ke Kaabah....sayup mata memandang dapat melihat Zam-zam Tower di mana terletaknya Kaabah...Subhanallah...

Pesan ketua rombongan ku, buat sahaja sujud syukur di Gua Hira'....terpulang samada nak solat sunat di situ pun boleh....aku melakukan sujud syukur ku di situ....di tempat yang suatu masa dahulu Rasulullah menerima wahyu pertama yang dibawa melalui Jibrail....Allhamdulillah....

Turun mengambil masa kurang dari sejam...dan masa dan merangkak ke pukul 1 pagi....sampai di kaki bukit, tunggu pula van untuk bawa kami ke bawah....aku tengok rumah2 di situ dah sunyi dan gelap....tak terganggu ke diaorang dengan bunyi orang ramai bercakap2 kat luar rumah...dah biasa agaknya...sekali lagi van dipandu laju turun bukit...pak arab ni memang jenis takleh bawak pelan2 kut....

Lupa nak cerita pasal mutawif kami Ustaz Anwar...kita ni punyalah lengkap berpakaian sukan untuk mendaki tangga Jabal Nur....beliau naik ke atas pakai jubah dengan sandal macam tu saja...dan sekejap dan sampai...memang sihat betul badan ustaz ni...hehehe...

Sambil2 menunggu lagi jemaah yang lain, kami tidur dalam bas...letak jer kepala terus hanyut...penat tak ingat kut...tak pernah2 mendaki bukit2 kat Malaysia ni, alih2 bukit di Makkah yang menjadi bukit pilihan...suasana bas memang sunyi....tetiba bas bergerak meninggalkan Jabal Nur...berdoa ku di dalam hati dimakbulkan doa ku untuk datang mengunjungi lagi Gua Hira' suatu hari nanti....insyaAllah...Alhamdulillah kami sampai semula di hotel sekitar jam 2 pagi...penat tetapi puas hati...

Esok rupanya ada kisah selingan....seorang jemaah kami telah tertinggal di dalam bas...beliau tidur di bahagian hadapan bas sementara kebanyakan kami berada di bahagian belakang bas....oleh kerana letih beliau terlena dan tak sedar bas dah sampai di depan hotel....dalam keadaan mengantuk dan letih tak siapa tersedar beliau tidak turun sekali....jemaah tersebut roommate suami ku, sangka ahli-ahli bilik, beliau terus ke masjid..sekali dekat pukul 3 pagi beliau masuk ke bilik.....rupanya dihantar pulang oleh pemandu bas yang tersedar ada seorang jemaah terlena dan tertinggal atas bas....hehehhe....suatu kisah yang tidak dapat dilupakan....


2 comments:

  1. Minta maaf tanya ye. Betul ke kisah Siti Khadijah Siti berulang-alik memanjat bukit ini untuk membawa makanan kepada baginda.
    Tak terjumpa pun dalam buku sejarah. Tolong quote rujukan. Yang ada Rasulullah (saw) bawa bekal sendiri. Lagi pun orang nak berkhalwat mencari kebenaran. Tak banyak makan. Kurma & air cukup. Kalau kenyang mudah tidur & tak dapat meditate.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum...minta maaf saya baru perasan ada comment pada entry saya ini. Mengenai kisah Siti Khadijah ini diceritakan oleh mutawwif saya ketika kami berada di bumi Makkah. Mungkin tidak dinyatakan di dalam sirah Islam namun begitu tidak mustahil untuk seorang isteri terutamanya Ummul Mukmikin untuk melakukan sedemikian. Terima kasih juga dengan comment ini maka saya telah membuat sedikit penyelidikan dan terjumpa oleh saya kisah Siti Khadijah membawa makanan ini. Boleh rujuk di http://spi.jpnns.gov.my/MTAQ/NABI%20MUHAMMAD%20DI%20GUA%20HIRA.pdf .Wallahu'alam

      Delete