Monday 30 April 2012

Restoran Antara

huh..? restoran Antara.....hehehe...aku saja bagi nama...sebabnya restoran ni terletak di antara perjalanan dari Madinah ke Makkah di tengah-tengah padang pasir...aku pun tak tau nama restoran ni...di restoran ini kami berhenti untuk makan malam....baru terasa lapar...uniknya restoran ini ialah makanan dihidang dalam dulang....nasi arab yang berlaukkan ayam dan ikan garing...



*semua gambar adalah ehsan google...hehehe

dek kerana lapar maka aku terus terlupa kamera dan bb aku untuk ambik gambar...sudahnya gambar dari google yang dapat aku share....jadi tangan2 tu bukan tangan kami lah ye....satu hidangan untuk 5 orang makan...ada ayam bakar dan ikan yang digoreng garing....ada juga disediakan pinggan kalau tak mau campur makan tangan dalam tu...jemaah wanita selalunya akan ambik sikit-sikit nasi letak dalam pinggan....sesambil tu ada 2-3 batang cili hijau besar yang fresh...terus ku ambil dan ranggup bila dipatahkan....bila dah masuk mulut, mak ai pedasnya.....mengalir air mata kejap...air mata insaf sebab gelojoh sangat makan cili....hehehe...walaupun ada ikan goreng, tapi tak sempat nak merasa sebab dah ada seorang jemaah ambik dan letak dalam pinggan dia...sebabnya dia tak makan ayam....mmmm....takpelah...bukan rezeki untuk dimakan, dapat rezeki tengok saja...alhamdulillah...mungkin beliau terlupa kita makan kongsi-kongsi....apa2 pun semua kenyang...alhamdulillah sekali lagi...

Selepas makan, lepak sekejap di luar sambil tunggu driver bas....suasana rasa macam dalam cerita koboi tapi berpakaian ihram...(macam pernah pergi pekan koboi kan.....ewah)....udaranya sedikit panas dan kering....sekali sekala angin gurun bertiup namun masih terasa panasnya.....tak lama kami memulakan kembali perjalanan dan suasana dalam bas kembali sunyi....sesekali terdengar dengkuran jemaah...perut dan kenyang, badan penat....apa lagi kan......aku ambil masa sket untuk tidur dan merasa sedikit bosan....nak tengok kat luar suasana dah gelap....berzikir sajalah nampak gayanya sampai mata pun layu akhirnya....

12 April 2012 : Ziarah Wida' & Lambaian Makkah

Pagi subuh itu adalah yang terakhir aku menunaikan solat subuh di Masjid Nabawi.....nyamannya kota Madinah sesudah solat subuh...paling aku kagum, jual beli terus berlaku selepas itu di hadapan masjid...pihak masjid tidak menghalang asalkan tidak di perkarangan masjid ...pasar instant tu berlaku di luar kawasan masjid...macam biasa aku hanya cuci-cuci mata, lebih kepada leka melihat jubah-jubah yang cantik2 dijual murah...boleh dapat SR 30 sehelai tapi bila aku sentuh material nya, tak berapa berkenan pulak...selesai sarapan, suami ajak beli tasbih lagi untuk dijadikan hadiah....tasbih dari pokok zaitun yang kami cari....dapat dalam harga SR 15 sebab beli banyak...


*luar Masjid Nabawi yang menjadi pasar sehari


Maka sampailah harinya untuk aku berpisah dengan kota Madinah...namun paling utama ialah berpisah dengan makam Rasulullah dan Masjid Nabawi...kami diberitahu untuk membuat ziarah wida' kepada Rasulullah selepas zohor kerana bas akan bergerak menuju Makkah pada pukul 2.30 ptg...beg-beg pakaian di letak di lobi semenjak pukul 10 pagi lagi...hanya hand luggage saja yang kami bawa nanti bila naik bas....

Aku mengunjungi Masjid Nabawi untuk membuat ziarah wida' kepada Rasulullah...seperti mana kita bersedih untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kekasih hati, maka begitu lah yang dirasai semasa mengucapkan salam dan berdoa....air mata menitis secara automatik...dan suasana begitu tidak asing bagi pengunjung2 masjid...apakah mungkin kerana mereka pun merasai apa yang aku rasai...berat rasa kaki bila melangkah keluar dari Masjid Nabawi ini.....moga kita ketemu lagi ya Rasulullah....insyaAllah

 *pintu pagar makam Rasulullah....gambar ehsan google

*indahnya Masjid Nabawi

Kami mandi sunat ihram dan siap berihram sebelum memulakan perjalanan ke Kota Suci Makkah Al Mukarramah...dan akan bermiqat di Masjid Bir Ali...Miqat ialah tempat di luar sempadan Makkah untuk berniat umrah....aku berniat ihram bersyarat kerana dikhuatiri haid aku datang lagi...oh lupa...haid ku datang selepas solat subuh....heran jugak aku tak pernah haid aku ni datang balik selepas bersuci namun kata Kak Zana, isteri ketua rombongan, itu perkara biasa....disebabkan aktiviti dan waktu tidur yang diluar kebiasaan, maka kitaran haid mungkin akan terganggu sedikit.....aku redha dengan ujian ini dan berharap segalanya selamat dan dipermudahkan untuk aku menunaikan umrah di Makkah nanti...

Sampai di Masjid Bir Ali, masuk waktu zohor maka yang turun bermiqat di masjid langsung menunaikan solat jamak zohor dan asar...aku hanya duduk diam dan bermiqat di atas bas sahaja....ku lihat ramai jemaah-jemaah semakin ramai berhimpun di situ....Masya Allah...semuanya akan memasuki Kota Makkah pada malam tersebut...

*Masjid Bir Ali - tempat bermiqat

Mutawif kami kali ini ialah Ustaz Anwar....juga orang seberang...ramah bercerita di dalam bas, tapi pemalu kalau jumpa di luar...hehehe.....selingan sket....menurut Ustaz, perjalanan akan mengambil masa 6 jam...(aish macam journey nak balik pantai timur pulak aku rasa)...akan berhenti sekali untuk makan malam....untuk solat maghrib, kami diminta melakukan jamak takhir bila sampai di hotel nanti...selesai berniat di miqat, maka bermulalah perjalanan kami ke Makkah dengan didahului bacaan talbiah sebanyak 33 kali di sepanjang jalan....


selesai bertalbiah, suasana dalam bas mula sunyi...ada yang sudah mula tidur...aku toleh belakang melihat suamiku, sudah selamat "berlayar"....aku layan perasaan sambil terfikir macam mana la rupa Makkah walau pun rasa sedih meninggalkan kota Madinah masih bersisa di hati....sementara tunggu mata mengantuk, maka ku ambil kamera dan klik...klik...gambar muka bumi tanah arab ni yang ku ambil....



pandangan sepanjang highway begini lah rupa bentuk muka buminya....jauh berbeza dengan highway kat Malaysia yang kiri kanannya hijau dengan pokok-pokok.....terdetik di hati macam mana di zaman Rasululllah dulu, baginda dan para sahabat berjalan menuju Madinah untuk berhijrah...berapa lama masa yang di ambil untuk sampai agaknya....takat pakai highway pun 6 jam perjalanan, ni kan pula melalui jalan berbukit-bukit....tapi kata suami ku, Rasulullah dan sahabat2 melalui lembah2...bukannya jalan open panas macam ni.....lega aku mendengarnya....

Sunday 29 April 2012

Raudhah...dengan izinNya

*gambar Raudhah ehsan dari google

Bagaimana nak ku ceritakan pengalaman ku masuk ke Raudhah...sebelum tu sedikit penjelasan mengenai Raudhah...merupakan taman Rasulullah dan berada di sebelah makam baginda di dalam Masjidil Haram...untuk mengetahui samada kita sudah berada di Raudhah, karpetnya hijau seperti dalam gambar....sekiranya karpet merah maknanya kita telah terkeluar dari kawasan Raudhah...di dalamnya terdapat tiang-tiang yang mempunyai sejarah dan ceritanya sendiri...ianya salah satu tempat yang mustajab untuk kita berdoa...dengan izinNya...

Petang kembali dari Jabal Uhud, kami diberitahu yang Ustazah Hamidah akan membawa sekali lagi rombongan masuk ke Raudhah....untuk kaum ibu, waktu masuk ke Raudhah adalah terhad...diikutkan hanya 2 kali sehari sahaja...dan ruang untuk wanita bersolat adalah sangat terhad, kerana mengambil sedikit bahagian sebelah lelaki. Syukur alhamdulillah aku sudah "bersih" maka aku bersedia dengan penuh semangat untuk memasukinya...

Tepat jam 9 malam, aku orang pertama yang sampai di lobi usai makan malam diikuti beberapa orang jemaah dari kumpulanku....namun ustazah yang ditunggu tak kunjung tiba...sedih hatiku rasanya ketika itu...adakah rezeki untuk ku masuk ke Raudhah...Allah Taala lebih mengetahui..Kak Saadiah, senior dalam kumpulan ku berjaya memberitahu suami ustazah tersebut, dan beliau terus naik ke bilik mencari ustazah...Alhamdulillah ada...rupanya ustazah tertidur kerana terlalu penat...beliau mohon maaf kepada kami....maka bergeraklah kami bersama jemaah lain ke Masjid Nabawi tepat pukul 10 malam....malam di Madinah nyaman dan dingin, apatah lagi di dalam kawasan masjid...

Terus kami dibawa masuk ke dalam Masjid Nabawi dan transit di satu ruang menunggu...di situ kami solat sunat masjid dan berdoa bersama-sama sambil menunggu giliran untuk dipanggil...Ustazah Hamidah juga menerangkan adab-adab masuk menziarahi makam baginda dan apa yang boleh dibuat di Raudhah....lama juga kami disitu....tak silap hampir satu jam setengah...bersama-sama kami adalah jemaah dari negara lain seperti Indonesia dan Brunei....ku perhatikan kebanyakkannya adalah orang-orang Asia...rupanya petugas memberi laluan kepada jemaah dari negara2 Arab dan Balkan yang lain dahulu....nampak mereka masuk dengan senang dan keluar dengan senang.....ku pohon kesabaran dari Allah Taala dan dipermudahkan urusan kami di situ....

Selepas satu jam setengah, jemaah Indonesia sudah tidak sabar dan menyerbu...dihalang oleh petugas-petugas masjid yang menjerit-jerit....ibu...duduk...duduk...jemaah Malaysia tenang dan kami ikut saja mutawif kami malam itu....disuruh duduk, maka duduklah balik kami di atas lantai masjid yang sejuk...tak sampai setengah jam, petugas mengangkat sepanduk yang tertulis "Bahasa Melayu"....maksudnya sudah sampai masa untuk orang-orang Asia masuk....bangga pulak rasanya dengan sepanduk bertulis begitu...mana taknya, Malaysia, Indonesia dan Brunei kan bahasanya dari rumpun yang sama.....pandai jugak Arab2 ni...bergerak kami berderet-deret di dalam kumpulan dan sekali lagi di arah duduk....transit kami kat situ, dan Ustazah suruh duduk jauh sedikit dari jemaah-jemaah negara lain....kami tenang saja di situ...kedengaran riuh lagi apabila jemaah-jemaah Indonesia berebut-rebut lagi hendak masuk....kami pandang saja...dalam duduk-duduk saja, kedengaran suara petugas....ibu...masuk.....hehehe...punyalah relek jemaah Malaysia, sampai orang dah masuk kitaorang lepak lagi...

Melangkah ke dalam Raudhah, hatiku berdebar-debar...kaki seram sejuk...lantas ku bagi salam kepada Nabi Junjungan dan para sahabat baginda tatkala melihat pintu dan pagar yang memagari makam....sayu di dalam hati Allah Taala sahaja yang mengetahui....ku sampaikan juga salam dari sahabat-sahabat yang mengirimkan nya kepada baginda....kaki menjejak karpet hijau dan teringat kata ustazah Raudhah bahawa berkarpet hijau...eh aku dalam Raudhah la ni, sbb karpet hijau....Subnallah...ingin menangis rasanya kerana dimakbulkan untuk aku sampai di sini....tetapi suasana agak kelam kabut kerana ramainya jemaah yang masuk, dan masih ramai yang belum keluar....telinga ku sempat menangkap suara petugas yang menjerit2...ini Raudhah...ini Raudhah...kerana ramai yang terpinga-pinga tidak tahu apa nak dijangka agaknya.....kami ikut saja Ustazah Hamidah....dan beliau carikan ruang untuk kami bersolat....Alhamdulillah ada ruang kecil untukku...walaupun kena juga rempuhan, ku keraskan badan...paling tidak tahan jemaah-jemaah Arab yang membuat rantai manusia bergerak merempuh orang yang sedang bersolat....

Sujud terakhir ku tertahan seketika kerana rempuhan manusia tadi....ku mohon di dalam hati "Ya Allah, izinkanlah aku sujud kepadaMu di Raudhah ini.." besarnya kuasa Allah Taala kerana dalam masa yang beberapa saat itu tempat aku bersolat tiba-tiba kosong...tiada manusia melintas....aku terus sujud dan demi Allah, tidak kedengaran di telinga ku bising dan hingar-bingar manusia bertolakan.....suasana sunyi...dapatlah aku mengeluarkan kalam di dalam hatiku kepada Penciptaku....Subnallah...

Namun untuk berdoa, aku terpaksa lakukan secara berdiri...pun dapat ku berkata-kata dengan Penciptaku dalam keadaan yang cukup sempurna bagiku....Alhamdulillah...sifat kasih dan penyayang Allah Taala jelas terasa kerana dengan izinNya dapat aku melangkah dan duduk seketika di Raudhah...terasa hampir denganNya dan Rasullullah S.A.W....tak dapat aku jelaskan dengan lebih terperinci perasaan ku ketika itu...

Melangkah keluar, sayu terasa di dalam hati...apatah lagi sempat aku berpaling lagi kepada makam baginda dan mengucapkan salam ku kepada baginda lagi....aku keluar dan menunggu rakan-rakan lain di kawasan karpet merah menandakan aku bukan di Raudhah lagi....hati tidak putus-putus berdoa untuk masuk lagi ke Raudhah suatu hari nanti...insyaAllah...keluarnya dari Masjid Nabawi tepat 12.45 tgh mlm....namun hati ini bahagia dan dingin malam di Madinah ku rasakan sama-sama meraikan perasaan ini....Wallahualam


Saturday 28 April 2012

Jabal Uhud : Pendakian

seriously memang aku mendaki...tak pernah dalam hidup ni mendaki...bukit batu pulak tu...ziarah kami ni adalah disebelah petang...di mana kami membayar extra SR 10 (tak silap) untuk pergi ke Jabal Uhud...tujuannnya ialah untuk menziarahi Gua Uhud....tapi perginya kali ni bukan di tempat medan perang tu....kami ke perkampungan Uhud...mengikut mutawif, dia sendiri sudah 2-3 tahun tidak membawa jemaah ke sini....pertama kerana tempat ini tidak diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi sebagai tempat ziarah umrah dan keduanya silap haribulan polis datang dan halau...yang kena denda nanti driver bas sebab dia orang tempatan kan....kami pergi walau pun ada sedikit risiko...niat kerana hendak menziarahi peninggalan sejarah Rasulullah...berdoa kami dipermudahkan urusan ini...

*perkampungan Uhud...view dari atas

Rupanya bukan kami sahaja yang berminat menziarahi Gua Uhud...sampai serentak dengan kami ialah jemaah-jemaah Turki yang tanpa berlengah2 terus memanjat bukit tersebut. Kami biarkan dulu mereka mendaki.....bila mereka selesai, barulah mutawif suruh kami panjat bukit tu....aku dengan beberapa jemaah wanita tidak naik memula tu...pandang dari bawah saja...rasa macam "impossible" untuk memanjat dengan memakai jubah...suami ku naik dahulu...aku tukang ambik gambar dia memanjat dari bawah dulu...

*suami ku yg berbaju & berseluar putih di sebelah kanan sekali

Gua Uhud secara sejarahnya adalah tempat seorang sahabat menyembunyikan Rasulullah dengan tujuan untuk melindungi baginda yang telah cedera masa Perang Uhud. Allah Taala belahkan bukit Uhud sedikit dan jadilah gua untuk tempat baginda berlindung.....mendakinya mengambil masa hampir 20 minit....kena berhati-hati kerana batu nya tajam dan agak licin...

*di celah belahan bukit ada gua kecil

Lama juga aku menanti di bawah....dalam hati duk berkira2 nak naik ke tak nak...dan mulut ku cakap tak nak.....sehingga turun seorang jemaah lelaki (Abg Ramli), dia bagitau isteri nya dah selamat sampai di atas...dia hanya sampai separuh sebabkan ghout di kaki menyukarkan dia memanjat. Abg Ramli berpaling pada kami dan cakap "korang naiklah...muda lagi...bila lagi nak memanjat"....percaya atau tidak terus aku, kak Bibah dan Ana naik dan memanjat tanpa sepatah kata pun....macam ada magnet yang menarik kami untuk terus memanjat...hilang rasa dalam hati samada nak memanjat atau tidak....kuasa Allah Taala tak siapa boleh halang....kalau dah tertulis hari ini kami masuk ke Gua Uhud, maka masuklah kami ke situ...

* sampai di atas dan menunggu giliran untuk masuk

Cabaran seterusnya ialah orang-orang Turki yang suka berebut-rebut dan tak mahu bertolak ansur untuk tunggu....aku jemaah wanita terakhir yang masuk ke Gua Uhud ditemani suami ku....jalan masuk jemaah lelaki lain 'block" supaya orang-orang Turki ini tidak ganggu....terpaksa ku angkat jubahku separas paha (nasib baik pakai seluar panjang di dalamnya) kerana untuk masuk memerlukan aku memanjat dan melangkah dengan agak luas....Alhamdulillah berjaya masuk dan hanya duduk sekejap sahaja di dalam tu...di dalam nya ada 3 tempat duduk...aku sempat duduk di salah satu tempat...tidak pasti samada di situ tempat sahabat atau Rasulullah....namun sayu nya Allah Taala sahaja yang tahu...bayangkan Rasulullah dalam keadaan cedera, dipapah oleh sahabat mendaki bukit dan memanjat batu-batu untuk masuk ke dalam gua....kita yang berbadan sihat ni pun terkial-kial apatah lagi orang yang cedera....Subnallah...

Semasa aku turun ke kaki bukit, mutawif minta cepat-cepat masuk bas kerana polis sudah sampai...beliau hanya menunjukkan tapak Masjid Tikar tempat yang digunakan oleh Sayyidatina Fatimah untuk merawat baginda yang cedera ketika itu dengan menampal abu tikar di luka baginda...gambarnya aku google kerana tidak berpeluang untuk mengambil dengan kamera di tangan...

* Masjid Tikar...tinggalan....ehsan dari google

Seterusnya ke tapak rumah Salman Al-Farisi ...tetapi sayangnya jalan ke rumah tersebut telah ditutup...maka kami hanya berpeluang melihat dari atas bas tapak rumah beliau dan kebun di mana pokok-pokok kurma di tanam untuk memerdekakan beliau dari tuan nya yang berbangsa Yahudi....

Selesai ziarah sudah hampir maghrib, sampai di hotel kami bersiap2 untuk bersolat di Masjid Nabawi dan aku diberitahu ada sessi ke Raudhah malam ini....insyaAllah

Friday 27 April 2012

11 April 2012 : Masjid Quba' , Ladang Kurma & Jabal Uhud

Alhamdulillah....hari ketiga di Madinah kami mempunyai program ziarah dari pagi sampai ke petang...program nya ialah ke Masjid Quba', Ladang Kurma dan Jabal Uhud...kami ke sana menaiki bas yang telah diurus oleh pihak Andalusia.

Sedikit sejarah ringkas Masjid Quba...ianya merupakan masjid yang tertua di dunia dan yang pertama dibina oleh Rasulullah ketika beliau tiba di Madinah ketika Hijrah. Rasulullah meletakkan batu pertama untuk pembinaan masjid tersebut dan disudahkan oleh para sahabat sehingga menjadi sebuah masjid. Kami sampai di Masjid Quba' dalam pukul 8.30 pagi lebih kurang...terus jemaah-jemaah memasuki masjid untuk melakukan solat sunat....oleh kerana aku masih "bercuti" maka takat tawaf keliling masjid sajalah jawabnya...sambil2 mengambil gambar yang tak berapa professional...oh ye untuk umrah ni aku tak bawak kamera DSLR sebab nak jimatkan ruang beg...pinjam compact kamera kakak aku saja..maka gambar2 nya kurang la professional....(cewah...perasan!)





Ketika menunggu jemaah lain selesai solat, aku tengok ada sekumpulan kanak2 yang menjual tasbih, rantai mutiara dan minyak atar....cantik budak2nya....sayangnya cara berniaga dah jadi ala paksa rela...budak-budak ni hati kering sikit....kalau sekali kita menunjukkan minat nak beli, mereka akan tunggu dan ikut kita sampai kita beli barang-barang tu....terjadi pada salah seorang jemaah kami, budak-budak tu dah naik sampai atas bas...makcik ni bertanya itu ini pasal barang-barang dengan seorang budak perempuan ni....tapi tak jadi beli....budak tu tak nak berganjak...ditarik oleh mutawif dia keraskan badan atas lantai bas....dimarah oleh ketua rombongan pun dia buat degil juga...sudahnya kena bagi juga SR 10 baru dia turun....mutawif ugut nak panggil polis pun dia tak layan...bertuah sungguh budak-budak ni...

*budak-budak Afghan...tak sekolah ke diaorang ni

Di sini kami beramai2 membeli habbatus saudaq....seorang rakan bagitau kat pintu pagar masjid ada seorang tua tu jual murah...SR 15 untuk 2 bungkus....maka bersemangatlah kitaorang membeli sampai 6 bungkus...dalam perjalanan balik ke bas, ternampak ada seorang makcik ni jual...tanya dia berapa harga....SR 5 sebungkus.....hehehe....lagi murah!! Nak wat camne...dah tu rezeki kami...tapi suami ku beli juga dari makcik tu...tambah jumlah yang dah sedia ada

Selesai di Masjid Quba', kami ke ladang kurma....memula tu bas yang bawak kami nak masuk ke ladang kurma tu tak nak masuk rapat sebab tak mau kotorkan tayar bas dia disebabkan becak di depan pintu masuk kedai dalam ladang kurma...boleh pulak macam tu...perangai Pak Arab..di sini mutawif bagitau makanlah apa2 kurma yang hendak...tapi nak bawak balik kena bayar...makan kat situ free...aku dan suami tak beli apa-apa kat sini sebab kami dah dapat tips kurma di Pasar Kurma lebih murah...rupanya betul....sekilo kurma Ammal harganya SR 80....kat Pasar Kurma baru SR 50...kan jauh bezanya tu....since tak beli apa2, minum saja lah teh kurma...sedap jugak rasanya....tempat minum teh di belakang kedai...dalam ladang tu lah...

 *suami ku minum teh kurma

*ladang kurma 

*bangunan tu tempat beli kurma...macam pasar kecil 



oh lupa...mutawif ada bagitau kurma untuk kaum lelaki namanya Sakkarin (sukkar = gula)....khas untuk tambah tenaga kerana rasanya manis asli seperti ada gula...kurma untuk perempuan namanya Lebn (leben = susu). Cara nak makan Lebn sedap katanya kalau dihiris nipis dan di masukkan dalam susu sebelum dimakan. Maka masuk saja dalam kedai tu teruslah jemaah lelaki menyebut Sakkarin....jurujual terus menjerit-jerit "Sakkarin...! Sakkarin.." agaknya nak bagitau Sakkarin ada di sini....lelaki oh lelaki....


Selesai di ladang kurma, kami terus ke Jabal Uhud di mana berlakunya Perang Uhud dan di sini juga di makamkan 70 syuhada' termasuklah Sayyidina Hamzah...makam ini selalu diziarahi oleh Rasulullah suatu masa dahulu...program pagi ke Jabal Uhud adalah program agensi...petang nya kami sekali lagi ke Jabal Uhud tetapi di balik bukit-bukit tersebut..

*Jabal Uhud...bukit di sekeliling

Suasana agak panas hari tu...pukul 10 pagi pun dah terasa bahangnya....untungnya cuaca di sini ialah walaupun panas, ianya panas kering...berpeluh sakan pastu kering balik...okeh berbalik pada Jabal Uhud apa lagi yang ada di sana...selain makam para syuhada' terdapat Jabal Rumat atau lebih dikenali dengan nama Bukit Pemanah...cerita lawak mutawif ku, katanya ada jemaah yang tertukar Jabal Rumat dengan Jabal Rahmah...maka berdoalah jemaah ini agar dikurniakan jodoh...dijadikan cerita maka sampailah jodohnya selesai dia balik dari Makkah...tetapi selepas saja kahwin, asyik bergaduh je katanya...rupanya kerana dia tersalah tempat berdoa...dia berdoa di Jabal Rumat @ Bukit Pemanah...tempat medan perang....hehehe...tak tau lah cerita ni betul atau rekaan semata2...wallahualam


*Jabal Rumat @ Bukit Pemanah

Makam 70 syuhada' tu tak dapat aku ambil dengan jelas...kawasan makam-makam tu dah berpagar  dan yang nampak hanya pagar2 sahaja....ku hadiahkan Al-Fatihah kepada para syuhada' di situ....sayu mengenangkan bagaimana gigihnya sahabat-sahabat dan ummat Islam terdahulu berjuang hingga syahid untuk menegakkan syiar Islam....Allahhuakbar...bolehkah kita semua mencapai tahap seperti itu pada hari ini....termenung sekejap aku di tepi makam tu....

Balik dari Jabal Uhud kami singgah di Pasar Kurma...ya...kurma di sini murah dan pasarnya lebih meriah...banyak juga kami beli kat sini...berbaloi bak kata orang...ada banyak kedai di situ...tapi kedai no 58 ni ramai orang...ntah tak tau naper...

*pasar kurma....meriah

Wednesday 25 April 2012

10 April 2012: Mengunjungi Masjid Nabawi

Pagi selepas sarapan, kami diberitahu bahawa pada pukul 8.00 pagi mutawwif akan membawa jemaah memasuki Masjid Nabawi seterusnya Raudhah. Di sinilah terletaknya Makam Rasullullah dan dua sahabat baginda iaitu Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar Al-Khattab. Raudhah pula adalah tempat suci bersebelahan dengan makam Rasulullah dan merupakan taman baginda di mana selepas kiamat akan diangkat taman tersebut ke syurga.

Jemaah wanita dibawa  oleh Ustazah Hamidah, ustazah pembimbing di Madinah. Jemaah berjalan secara berkumpulan dan berhenti seketika di perkarangan Masjid Nabawi untuk mendengar penerangan Ustazah tentang adab mengunjungi makam Rasullullah dan memasuki Raudhah. Ini diikuti bacaan doa beramai2 yang sungguh sayu dan menginsafkan sesiapa yang mendengar/membacanya....sayangnya bukan rezeki aku untuk memasuki masjid dan mengunjungi Raudhah disebabkan oleh "keuzuran haid"....bersamaku ada lagi 3 orang jemaah yang juga mengalami situasi yang sama....maka duduklah kami di situ berzikir di dalam hati sambil memerhati pengunjung2 dari negara lain....kata Ustazah usah ditunggu kerana masa yang diambil agak lama untuk memasuki Raudhah oleh kerana terpaksa menunggu giliran....selalunya orang Asia adalah kumpulan terakhir yang masuk kerana memberi laluan dahulu kepada jemaah negara lain terutamanya sekitar negara Arab....

*kelihatan jemaah Malaysia mula memasuki pintu Masjid Nabawi untuk ke Raudhah

Tertanya-tanya di dalam hatiku bagaimana rupa dalaman Masjid Nabawi....oh ya, di masjid ini pengawalan nya amat ketat terhadap kamera dan phone berkamera. Jadi kami tidak dibenarkan sama sekali membawa alatan2 ini....yang mengagumkan ialah terdapat petugas di setiap pintu yang akan memeriksa beg dan badan kita....panggilan kepada orang-orang Asia ialah "ibu"....hehehe...kelakar bila mula2 dengar....comel jer bunyinya mak-mak arab ni sebut perkataan ibu....dulu kata kawan ku jemaah Asia dipanggil hajjah atau Siti....sekarang dah tukar la gitu....Sesambil menunggu maka keluarlah kamera phone ku dan mula mengambil gambar apa yang boleh di ambil....hehehe....

* payung memayungi perkarangan Masjid Nabawi

Sungguh indah dan nyaman masjid ini....payung yang memayungi tu memang membuatkan suasana nya redup....seperti duduk di bawah pokok...teknologinya canggih...itulah kurniaan Allah Taala kepada manusia, diberinya kita akal untuk berfikir akhirnya dapat menghasilkan teknologi sebegini...

Selepas satu jam lebih, suami ku yang telah selesai memasuki Raudhah menelefon dan mengajak aku balik....lagi pun tiada apa lagi yang boleh ku buat di situ...terasa sedih di dalam hati...ada ke rezeki untuk aku masuk mengunjungi Makam Rasul dan Raudhah itu....aku berdoa Allah Taala memberiku peluang tersebut...insyaAllah


*perkarangan hotel yang mempunyai deretan kedai-kedai....

Sambil balik ke hotel, sambil2 mencuci mata....mana taknya...berderet kut kedai2 yang jual jubah, sejadah, tasbih dan lain-lain yang boleh dibawa pulang sebagai cenderahati di lobi menuju ke hotel....tapi tunggu dulu....belum masanya lagi untuk membeli-belah....

Tuesday 24 April 2012

9 April 2012 : KLIA -> Madinah Al-Munawwarah

Maka pada tarikh ini tibalah masanya aku dan suami untuk berlepas ke tanah suci...dek kerana kesibukan tugas di pejabat, aku dan suami membuat persiapan terakhir (betul2 punya terakhir) pada hari ahad....perginya kami pada hari isnin....malam sebelumnya aku tidur pada pukul 2.30 pagi kerana berkemas dua beg pakaian utk ku dan suami....sempat pula selepas itu menaip ayat2 dan doa untuk dibawa dan diguna di sana nanti....Alhamdulillah Allah Taala mengurniakan kekuatan untuk aku berjaga dan menyelesaikan segala persiapan...walau pun letih dan mengantuk, segalanya selesai pada pukul 2.30 pagi itu....

Hari Isnin itu, pada pukul 10.30 pagi, kami turun dari rumah dan ke Sri Gombak mengambil sahabat kami saudara Mejer (B) Anuar yang akan sama2 menunaikan ibadah umrah....selepas itu terus ke KL Sentral dan mengambil ERL seterusnya sampai ke KLIA selepas 28 minit perjalanan....perasaan ku masa itu tidak dpt digambarkan macam mana.....nervous pun ada, takut pun iya jugak...macam-macam cerita yang ku dengar dan macam-macam nasihat yang diterima apa yang boleh dibuat apa yang tak boleh....yang mana sesuai ku ambil sebagai tips selebihnya sekadar masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri....aku yakin setiap orang ada "bahagian" masing2 bila berada di kota suci nanti...

Penerbangan ku menggunakan pesawat Saudi Arabian Airlines SV 829 yang akan menerbangkan kami semua selama 8 jam dan hanya akan singgah di Riyadh selama satu jam (utk isi minyak katanya)...sampai di KLIA, kami diberikan passport dan boarding pass dan diperkenalkan pada mutawwif yang akan membawa kami ke sana nanti....Ustaz Tamban @ Rif'at namanya....orang seberang yang telah berkahwin dengan rakyat Malaysia dan berpengalaman selama 5 tahun membawa jemaah ke tanah suci. Sayangnya aku tak berkesempatan untuk mengambil gambar mutawwif ini....segan gak nak minta ambik gambar ustaz ni...oleh kerana itu, aku telah google gambar ustaz ni dan jumpa gambar beliau dengan jemaah lain.....hehehe....jadilah...

* ustaz Rif'at yang berada di tengah...gambar ehsan hasil google :-)

jumlah jemaah bagi kumpulan ini ialah 140 org ramainya....Alhamdulillah...dan diberi nama kumpulan sebagai SV- 09. Nama agensi yang kami ambil ini ialah Andalusia....mungkin ramai yg dah tahu agensi milik Dato' Mohd Daud bin Che Ngah ini.

* boarding pass..

Kami berlepas tepat jam 3 ptg waktu Malaysia dan bermulalah kembara ku ke tanah suci....berlainan dengan perasaan pergi bercuti ke tempat lain, perasaan ku masa ini masih kosong kerana belum nampak dan rasa apa yang digambarkan oleh orang-orang yang telah pergi ke tanah suci sebelum ku....aku bertawakal kepadaNya dan berdoa agar dipermudahkan pekerjaan ibadahku ini....

Lepas kurang pukul 11.30 malam kami tiba di Riyadh dan kapal terbang hanya mendarat untuk satu jam sahaja untuk mengisi minyak...takde peluang untuk kami turun dan melihat2 airport Riyadh...suasana gelap jadi tak nampak macam mana bentuk muka bumi nya. Berlepas kembali pada 12.30 tgh malam dan selamat mendarat di airport Madinah pada pukul 1.30 pagi waktu Malaysia. Sewaktu turun dari pesawat, angin bertiup agak kuat dan suasana sejuk....berkata juga aku dalam hati "nak hujan ke ni...". Aku agak itulah angin gurun yang sekali lalu bertiup melalui kawasan tersebut.....wallahualam...Waktu di Madinah ketika itu lebih kurang 8 @ 9.30 mlm dan urusan imigresen mengecop passport berjalan lancar....Alhamdulillah....selesai semua kami mengambil bagasi dan menyerahkan kembali passport kepada agensi yang telah sedia menanti di luar.....bas-bas telah tersedia untuk membawa kami semua ke hotel....kami menaiki bas no 2. Tiba-tiba ada seorang Arab menjual sim kad prepaid yang katanya "international" dengan harga SR 45 dan mempunyai SR 25 kredit di dalamnya....teruslah suami ku membeli 2 keping sim kad...Zain nama telco nya...bangga la sapa yang namanya atau nama bapaknya zain....hehehe..

*sim kad prepaid Saudi

Sayangnya sim kad ni line nya lemah kalau berada di dalam bilik hotel....stress la akak kan...kena cari sudut yang strategik baru boleh dpt line....letih betul...ujian pertama lah kiranya ni...sabar...sabar..hehehe...

Seterusnya kami dibawa ke Durrah Al-Fayrouz Hotel (eh mcm nama air fayrouz...hehehe)....sampai di sana hampir pukul 2 pagi waktu Malaysia....dan masyaAllah....masih meriah lagi sekitar hotelnya...lampu2 kedai masih terang dan orang ramai masih berkeliaran di sekitar kawasan...suami ku menunjukkan Masjid Nabawi namun aku hanya nampak menaranya saja dan kerana waktu malam aku tak dapat mengagak sejauh mana hotel dan masjid nanti....terfikir dalam hati aku masa tu samada kena naik bas ke teksi nak pergi solat.....rupanya walking distance sahaja...hehehe...

*ni lah hotelnya...gambar diambil keesokan harinya...

Hotelnya ok...tidak baru dan tidak terlalu lama....di sini aku berpisah dengan suami kerana kami akan duduk bilik berasingan...memang itu pakej yang dipilih....dpt bilik di tingkat 7 dan bersama ku ada 3 orang lagi jemaah iaitu Kak Bibah, Mak Long dan Mak Eton....Kak Bibah ialah rakan kelas agama tempat kami mengaji sekali jadi taklah rasa canggung sangat....Mak Long dan Mak Eton ialah adik beradik dan merupakan ipar2 kepada Kak Bibah...suasana agak panas kerana jumlah jemaah yang ramai datang sekaligus jadi pembahagian bilik agak kelam kabut....Alhamdulillah semuanya selesai dalam masa setengah jam dan kami terus ke bilik....sedih juga sebab ini pertama kali berpisah bilik dengan suami ku walau pun datangnya bersama....isk..isk...isk....tapi aku kuatkan hati dan belajar untuk redha dengan apa yang telah diatur olehNya....aku percaya ada hikmah disebaliknya....insyaAllah

*inilah bilik kami yg menempatkan seramai 4 orang jemaah...besar dan selesa


Biliknya besar dan selesa....ada bathtub lagi...dan bilik air pun besar....tapi yang peliknya hotel tak sediakan towel...nasib baik la kami semua bawak tuala masing2....lepas check-in terus ke dewan makan...dalam keadaan letih dan lapar, kami makan sahaja apa yang dihidangkan...dan aku lupa nak snap gambar makanan yang ku kira agak pelik sikit menunya....nasi ala2 arab (mcm nasi butter pun ada), sambal yg tak pedas, nugget dan timun jepun dihiris nipis....hantam sajalah...itu rezeki kami malam itu...naik semula ke bilik dan tidur pukul 3 pagi waktu Malaysia....kesimpulannya syukur selamat sampai ke tanah suci Madinah Munawwarah dan aku berdebar2 dengan apa pula keadaan nya esok hari...

Tetamu Allah di Tanah Suci Makkah dan Madinah



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.....syukur ke hadratNya kerana entry ku kali ini akan menceritakan segala kisah yang dapat ku tulis di dalam blog ini semasa menjadi tetamuNya di tanah suci Makkah dan Madinah selama 2 minggu lepas (9hb Apr - 22 Apr 2012)....walaupun tiada dalam perancangan ku dan suami untuk menunaikan ibadah umrah pada 2012 ini, sesungguhnya takdir Allah Taala terhadap kami mengatasi segala perancangan kami....dipanggil olehNya untuk menjadi tetamu di dua kota suci ini walaupun secara akalnya tidak mampu diterima dalam keadaan kami sekarang....tidak mampu dari segi masa dan ekonomi....namun seperti dalil Nya:

Ertinya: 
Mengetahui Allah Taala itu atas tiap-tiap sesuatu dan kesudut hati kamu itu pun diketahuinya jua

Maka hanya Allah Taala jua yang mengetahui bila jemputan untuk kami sudah sampai masanya. Syukur kami kepadaNya tidak dapat diucap dengan kata-kata dan dinilai hatta dengan segunung emas sekalipun...akan ku cuba memasukkan sebanyak mungkin peristiwa yang boleh dicatat di dalam entry ini yang selain merupakan kenangan ku di sana, juga sebagai halwa mata dan hati pembaca-pembaca blog ku yang tidak seberapa ini....insyaAllah


Friday 6 April 2012

Cendol Bakar, Kuala Selangor

cendol bakar? ke cendol terbakar?
bukan....hehehe....cendol En Bakar....
sangat dikenali di kuala selangor ni....franchise outlet....cendol pun ada franchise...kelass gitu
mari kita lihat gambar-gambarnya...






haaa....tu lah dia cendol Bakar...
rasanya ok sedap....santan light saja...gambar tu menu nya nama VIP
menarik kan nama2 menunya...
apa yang lebih menarik ialah boleh REFILL...!! tak pernah2 dengar ada cendol yang boleh refill dan ianya PERCUMA...!!
caranya kena bagi mangkuk yang diguna untuk refill....
yg menarik lagi ialah papan tanda tentang OKU dan fakir miskin boleh makan cendol disitu secara percuma.....Alhamdulillah...dan ada hari di mana semua hasil jualan di sedekah kepada masjid berdekatan....
berapa ramai peniaga yang sanggup bagi semua hasil jualan kepada masjid agaknya...
kedai cendolnya simple sahaja...cuma rasanya mungkin tahap kebersihan boleh ditingkatkan lagi...yang lain-lain dah ok semuanya....
diucapkan selamat maju jaya kepada cendol Bakar....insyaAllah