Monday 13 August 2012

Umrah - Hadiah paling bermakna

Pada entri yang lepas aku banyak ceritakan tentang tempat-tempat yang dikunjungi semasa di Makkah dan Madinah....dan pada saat entri ini ditulis, hati ini sangat rindu kepada tanah-tanah suci ini...aku tak jemu-jemu melihat gambar-gambar umrah kami hatta gambar umrah rakan-rakan yang lain juga bisa menggembirakan dan meredakan rindu di hati ini....terasa gamitan tanah suci sangat kuat....bila berjumpa dengan jemaah-jemaah dari kumpulan yang sama, cerita-cerita umrah masih lagi menjadi bualan...seakan baru semalam kami mengunjungi dan mengerjakan umrah di Makkah....masih terbayang-bayang kenangan di sana....Alhamdulillah....sesungguhnya ingatan di kotak memori ini adalah kurniaan Illahi yang tidak ternilai...masih segar dan utuh di fikiran kami....

Umrah ini adalah hadiah paling bermakna dalam hidupku...syukur ku kepada Allah Taala kerana menjemput ku dan suami ku ke sana.....terima kasih juga kepada suami ku melalui usahanya, kaki menjejak tanah suci ini...bermakna kepada ku kerana sebelum ini, kisah-kisah orang pergi umrah sekadar ku dengar sahaja kerana tidak merasa impaknya....sebelum ini tak terjangkau di fikiran ku bahawa akan sampai ke tanah suci pada usia 36 tahun. Aku selalu melihat gambar kawan-kawan yang bercuti ke luar negeri....teringin sungguh rasanya untuk bersama suami dan anak mengunjungi tempat2 sebegini....aku selalu berangan bercuti ke tempat-tempat seperti Scotland, Switzerland, USA dan sebagainya.....selalu tertanya-tanya di dalam hati bilakah ada peluang untuk kami ke sana.....malah meletak target bila boleh ke tempat sebegini. Allah Taala yang bersifat Maha Penyayang, di jemputnya aku dan suami untuk menunaikan umrah....atas nikmat kunjungan yang diberikan, keinginan untuk bercuti ke luar negeri tidak penting lagi....andai kata aku diberi pilihan pakej ke luar negeri atau umrah, aku akan memilih umrah. Umrah adalah hadiah paling bernilai bagiku...

Kenapa ia bernilai? Umrah adalah kurniaNya....bukan sekadar mempunyai kuasa wang maka sampailah kita ke sana...teringat kata2 mutawif ku bahawa berapa ramai umat Islam yang berharta, tapi tidak mampu juga untuk mengunjungi tanah-tanah haram ini setiap tahun, bahkan setiap bulan....kerana apa? kerana tidak mendapat kurnia-Nya..

Nikmat umrah itu ku rasai setiap detik di sana...mengunjungi Masjid Nabawi dimana terletaknya jasad nabi besar junjungan, nabi akhir zaman....percaya tak percaya bahawa aku sampai di masjid yang dimuliakan ini. Tersentuh hati ku mengingatkan kenapa arwah abah terlalu suka untuk datang berkali-kali membuat umrah setiap bulan Ramadhan saban tahun....nikmat berada di Masjid Nabawi seindah rupanya. Aku sukakan suasana di subuh hari, berjalan beramai2 merentas jalan yang hanya berapa ratus meter sahaja dalam suasana yang sunyi dan sejuk....kedengaran hanyalah tapak2 kaki yang berjalan laju untuk merebut saf-saf di hadapan. Berada di dalam masjid yang besar, sejuk dan nyaman. Walaupun ada ketikanya sesak dan bertolakan, itu hanyalah halangan kecil yang tak perlu diperbesarkan bagiku....dan kesempatan yang Allah Taala berikan untuk ku mengunjungi Raudhah dan bersolat di dalamnya....terlalu sukar untuk ku gambarkan perasaan nya...demi Allah, suasana kehidupan di Madinah walaupun hanya 3 hari di sana sangat memberi kesan dalam memori hidupku....orang-orangnya ramah dan ramai cuba berbahasa melayu. Paling kelakar ada yang menyangka aku ini anak suami ku bukannya isteri....hehehe...mungkin Pak Arab itu bergurau sahaja...sayu bila sampai masanya utk berpisah dengan bumi Madinah....pernahkah kita merasa sayu meninggalkan tempat kita bercuti? Selalunya hati tidak sabar2 untuk balik ke rumah...there's no place like home katakan....tapi tidak di Madinah....sayu meninggalkan bumi yang suatu masa dahulu adalah tempat Rasullullah mengembangkan agama Islam setelah melakukan hijrah.

Nikmat mengunjungi Makkah Al-Mukarramah dan Masjidil Haram....subhanallah...terasa ingin ku sujud syukur setiap hari kerana diizinkanNya menjejak tanah haram ini. Jangan diingat bila sampai di Madinah pasti kita akan ke Makkah. Ada jemaah yang tidak sampai di Makkah dalam rombongan kami...perjalanan umrah ziarahnya hanya sampai di Madinah...ajalnya sampai dan dikuburkan di perkuburan Baqi'. Maka seharusnya aku sentiasa bersyukur kerana nyawaku masih panjang dan Allah Taala sampaikan ku jua di tanah suci ini. Kehidupan di Makkah sangat ku rindui....sangat simple dan sangat tenang...yang diingat hanyalah waktu untuk bersolat. Aku sukakan suasananya berjalan di subuh hari (pukul 4 pagi) ke Masjidil Haram. Perjalanan selama 15 minit tidak terasa, malahan terhibur dengan aktiviti-aktiviti jualan sepanjang jalan. Duduk-duduk sahaja di dalam masjid sahaja pun sudah terasa tenang apatah lagi beribadah di dalamnya...mata tidak lepas2 memandang Kaabah. Tidak jemu-jemu. Begitu juga dengan program ziarah...sangat istimewa bagiku...kebanyakan jemaah hanya berpeluang memanjat Jabal Rahmah. Namun kumpulan jemaah kami banyak melakukan ziarah pilihan....bila ada aktiviti, seawal pukul 7 pagi kami akan berada di lobi hotel menunggu bas. Ada juga ziarah di waktu malam. Pengalaman mendaki Jabal Nur dan Jabal Thur sangat berharga. Tidak pernah dalam kamus hidupku aku berminat memanjat bukit. Tapi dengan izinNya, sampai aku di puncak kedua-dua bukit ini dan berpeluang melihat tinggalan gua yang bersejarah ini.

Seperkara lagi, aku kira nikmat kurniaNya jua...dengan terjejaknya kaki aku di tanah2 suci ini dan berpeluang menziarahi tinggalan-tinggalan serta kisah-kisah Rasulullah, Allah Taala gerakkan kembali hati ini membaca kisah-kisah Rasulullah dan para sahabat...walaupun dari zaman kanak2 lagi aku sudah membaca kisah hidup Nabi-Nabi, namun ianya sekadar cerita dan sejarah...selepas pulang dari umrah, kisah-kisah ini seakan hidup di depan mata....menjadi seperti satu layar perak...setiap bait yg ku baca, maka dapat ku gambarkan suasananya....semata-mata kerana aku sudah ziarahi tempat tersebut dalam umrahku ini....kisah Perang Uhud...di mata letaknya Bukit Pemanah yang menempatkan pemanah2 semuanya dapat ku gambarkan...sesungguhnya kuasa Allah Taala tiada tandingan...membaca kisah Rasulullah dari waktu baginda mendirikan Masjid Nabawi hinggalah wafatnya baginda di rumahnya di tepi masjid  tersebut....hati ini sungguh sayu...semuanya semata2 aku dapat gambarkan bagaimana masjidnya dan suasana sekitarnya...sememang berbeza daripada 1,400 tahun yang lalu, tetapi di situlah tempatnya...di situlah kisahnya....dan disitulah ku jejakkan kaki dan sujud di dalamnya...

Doaku dan suamiku dengan ihsanNya dapat lagi kami ke sini...ke tanah-tanah suci Mu...sebelum dijemput kami kembali kepadaMu ke alam yang kekal..."mengetahui Allah Taala itu atas tiap2 sesuatu dan ke sudut hati kamu itu diketahuiNya jua..." wallahuallam...