Monday 18 June 2012

Hudaibiyyah

Sesiapa yang masih ingat sirah Islami, mesti masih ingat tentang perjanjian Hudaibiyyah...perjanjian ini adalah antara pihak musyrikin Makkah dan Rasulullah pada tahun ke 6 Hijrah...dinamakan perjanjian Hudaibiyyah sempena nama tempat di mana perjanjian itu ditandatangani.

Dalam perjalanan ke tempat tersebut, mutawif kami menunjukkan ada sebuah telaga di tepi highway...namanya telaga Hudaybiyyah...kisahnya telaga ini terjadi apabila Rasulullah memacakkan anak panah ke tanah setelah para sahabat mengadu kawasan tersebut tiada air...maka keluarlah mata air yang akhirnya menjadi telaga.....sayangnya telaga ini telah ditutup oleh kerajaan Arab Saudi dan sebabnya tidak jelas kenapa mereka membuat sedemikian...sempat aku snap gambar telaga ni dari atas bas....bas bergerak perlahan kerana ada check-point untuk pemeriksaan polis...tapi bas kami takde masalah, terus diberi kebenaran untuk melalui check-point.


*Telaga Hudaybiyyah...yang bertutup seperti kubah...di tepi highway sahaja

Teringat kisah yang diceritakan oleh mutawif kami bahawa sempadan tanah haram mempunyai check-point di mana orang bukan Islam tidak boleh melepasi sempadan ini. Kata beliau, ada kisah dimana terdapat beberapa orang bukan Islam berniat untuk masuk ke Tanah Suci Makkah dan berpura-pura menjadi orang Islam lalu berjaya melepasi check-point ini...Sesungguhnya tanah suci Makkah adalah dipelihara olehNya...kereta tersebut terbabas dan semua yang berada di dalamnya terbunuh....mungkin mereka tidak mengambil iktibar kisah tentera bergajah Abrahah yang cuba menceroboh kota Makkah dan akhirnya dihancurkan oleh Allah Taala melalui burung Ababil yang membawa batu-batu panas...

Tempat kami dibawa merupakan tapak masjid Hudaybiyyah yang hanya tinggal bata-bata dinding masjid lama dan tapak masjid. Malah sudah ada masjid baru yang menggantikan di hadapan tapak lama dan di tepi jalan raya....suasana boleh dikira sudah senja dan hampir maghrib semasa kami tiba...sempat la ambik gambar guna bb sahaja dua-tiga snap...tak banyak untuk diceritakan selain daripada melihat sahaja tinggalan dinding-dinding lama masjid...aku rasa sayu di dalam hati mengenangkan Rasulullah pernah berada di tanah yang sama di sini beribu tahun dahulu...



* tinggalan Masjid Hudaybiyyah...

Bila azan berbunyi, bergegas juga la kami untuk mengambil wuduk...uniknya air di masjid ini ianya air masin...seperti kita mengambil wuduk dengan air laut...rupanya di kawasan ini, air nya tidak ditapis menjadi air suling, tidak seperti di bandar Makkah. Walau pun tahu bahawa sumbernya juga adalah air laut, namun air di Makkah tidak terasa masinnya. Selesai solat kami bertolak kembali ke hotel dan bersedia untuk ziarah yang selanjutnya...malam tersebut lah kami memanjat Jabal Nur...hehehe...

No comments:

Post a Comment