Tuesday, 3 January 2012

2012 dan Januari

Syukur kepadaNya kerana di beri peluang untuk melihat dan menikmati tahun baru 2012 yang baru sahaja menjenguk....baru hari ke empat dalam tahun ini semasa aku menulis di dalam blog ini. Sana-sini masih kedengaran ucapan "Selamat Tahun Baru" di kalangan rakan-rakan dan sanak saudara.

Azam tahun ini? Perlu kah kita mempunyai azam setiap tahun baru menjelang? Bagi ku azam boleh dibuat sepanjang tahun bila mana kita terasa untuk membuat sesuai dan memasang azam untuk membuatnya....apa sahaja boleh dijadikan azam cuma kita kena lah bijak untuk mengetahui samada baik atau buruk azam tersebut...kalau nak disenaraikan azam ku di sini terlalu panjang rasanya....macam2 yang ingin dibuat dan dicapai...dan aku yakin kesemuanya boleh dicapai atas izin Nya...

Januari : bulan pertama dalam setiap tahun....dulu tak pernah ku kisah tentang Januari ini...tiada kaitan secara langsung di dalam hidup, sekadar memberi ucapan Selamat Hari Jadi kepada kakak sulung ku yang tarikh lahirnya jatuh pada setiap tahun baru....tapi semenjak 3 tahun lepas, Januari akan sentiasa memberi rasa sayu dalam diri ku dan juga keluarga....kerana pada bulan ini 3 tahun yang dulu abah dipanggil pulang ke Rahmatullah pada tarikh 20 Januari 2009....bukan tidak menerima hakikat dan takdir, tapi itulah realiti kepada kita yang masih lagi berada di bumi Allah Taala ini untuk meneruskan kehidupan. Masa berlalu pantas, sedar tak sedar sudah 3 tahun abah tiada secara jasadnya di sisi kami semua....tapi aku yakin akan sentiasa hidup dalam ingatan dan hati kami...Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment