amendenya plak ni tetiba citer pasal bahasa
kekadang pelik manusia ni....asal update status facebook je mesti dalam bahasa inggeris
well, aku pun buat jugak...tapi selang seli lah dgn bahasa melayu kita kan
ini tak, sepanjang berfacebook dgn dia, manjang jer dlm bahasa inggeris...
oklah mungkin dia selesa dgn bahasa ni
sekali...aiksss....org komen dlm bahasa melayu, dia jawab dlm bahasa inggeris gak...
sekali...dua kali...rupanya mmg mcm tu
kalau graduate overseas boleh maaf lagi...ini...local je ha...
kalau bahasanya atau grammar nya betul, kita pun tak kisah
ini main hantam bahasa pasar ni....aduii...cover sikit beb...budak sekolah baca pun boleh confuse
tapi kalau sangka baik maybe dia pegang prinsip "practice make perfect"
boleh....tak salah....tapi improve lah bahasa dan grammar nya dari semasa ke semasa
barulah sempurna praktisnya tu
belajarlah dari ayat2 yg orang lain pakai dan biarlah betul penggunaannya
kalau nak tulis dalam bahasa inggeris, ayatnya biarlah betul dan sampai maksudnya
kalau tak tulis sahaja dalam bahasa ibunda kita....terang2 org akan faham
bahasa kita pun indah...sedap mata melihat senang dibaca
berbangga lah dgn bahasa kita
moral dari cerita ini tak lain tak bukan hanylah peringatan untuk diri sendiri sahaja...
pedoman untuk masa hadapan... :-)
No comments:
Post a Comment