satay batu pahat yang terbaik pernah aku rasa....authentic...
dan yang bertuahnya sebab dapat makan di rumah Wak Sahlan sendiri...wow!!
rezeki sesekali dapat turun ke batu pahat....terus dibawa oleh anak Wak Sahlan sendiri (sahabat kami Asri Al-Baker namanya) ke rumah....satay tu fresh dibakar sendiri dan dimakan di situ...
selebihnya dibawa balik....dan anak ku Imran, seorang penggemar satay...memula dia tengok tak mau...katanya kecik dan looks old (no idea naper dia ckp mcm tu)....selepas di suap, habis semua dimakannya.....maknanya mmg satay ini sedap....
satay ni cukup rasa dan asli rupanya....walaupun kedai tu hanya berada di sebuah kampung di batu pahat, jangan tak tahu ianya kesukaan sultan johor sekarang
sudah acap kali Wak Sahlan menghantar satay ini ke istana
dan satay ini pernah ditempah oleh sebuah perbadanan di Shah Alam semasa jamuan hari raya tahun lepas....bayangkan bersepah2 satay kat shah alam dan lembah kelang yang boleh ditempah, satay dari batu pahat ni yang dihidangkan....alhamdulillah
rasa bangga sangat dapat berkenalan dengan Wak Sahlan yang banyak pengalaman berniaga dan juga keenakan satay nya yang masih terasa-rasa lagi sekarang... kat link ni ada gambar dan cerita jatuh bangun Wak Sahlan berniaga satay...
*Wak Sahlan
dan cerita Wak Sahlan ada keluar di NST :http://www.nst.com.my/streets/johor/making-his-name-with-satay-1.23233#ixzz1nY4pwmDS
kepada sesiapa yang ada peluang ke batu pahat specifically ke seri medan, jangan lupa singgah dan rasa satay beliau.... :-)